𝗣𝗘𝗖𝗔𝗧 𝗔𝗭𝗠𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗗𝗭𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗧 𝗣𝗡: 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦


Ahmad Mursi


1. PAS pecat pemimpin BERSATU dalam kepimpinan tertinggi PN iaitu Azmin Ali dan Radzi Jidin.
2. Inilah cara PAS jika berkuasa. Politik Mullah. Buat keputusan di Rusila, paksakan kepada semua, walaupun langgar Perlembagaan parti.
3. Politik Mullah bersikap kuku besi apabila berkuasa dengan menunggang imej agama, gelaran agama, dalil dan sentimen agama untuk mengabsahkan kuasa, menutup kelemahan dan menyerang lawan.
4. PN ada 4 parti komponen. Perlembagaan menetapkan keputusan penting mesti dibuat secara konsensus.
5. Tapi PAS bertindak bersendirian, tanpa keputusan Majlis Presiden, dan diragui itu keputusan majoriti Majlis Tertinggi, lalu membelakangi perlembagaan PN sendiri.
6. Tindakan ini lebih dilihat sebagai usaha mengukuh PAS dalam PN dan menghalau BERSATU.
7. Tentulah parti komponen lain boleh lapor pada ROS dan boleh isytihar kesahihan rombakan itu atau menggantung atau membatalkan PN sebagai gabungan rasmi.
8. Saya tiada kena mengena dengan PN. Cumanya, gaya politik Mullah kuku besi berselindung di sebalik agama inilah rakyat perlu tahu kerana bahaya untuk negara.
9. Bila berceramah tentang parti lain yang melanggar prinsip Islam, PASlah juaranya. Bila PAS sendiri melanggar prinsip Islam, ada sahaja dalilnya.
10. Walhal Islam menyebut “awfu bil ‘uqud” — wajib penuhi akad dan perjanjian. Perlembagaan itulah perjanjiannya.
11. Ini belum cerita lagi soal melanggar prinsip syura dan tindakan menzalimi parti komponen lain.
12. Sebelum ini Haji Hadi menuduh BERSATU menzalimi ahli sendiri. Tapi bila PAS sendiri menzalimi rakan komponen dalam PN, dianggap strategi politik dan boleh pula?
13. Kalau zalim itu salah ketika dilakukan oleh BERSATU, kenapa tidak salah bila PAS yang buat?
14. Ini bukti PAS juga binatang politik (political animal) yang berselindung di sebalik jubah, serban dan dalil agama.





No comments: