Berita Palsu: Peniaga Durian Didakwa Kongsi Hantaran Tak Benar Bekalan Diesel

😁

Seorang peniaga durian Norhafizul Badrul Hisham dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran palsu di media sosial berkaitan pembekalan bahan api di Mahkamah Sepang pada 30 Jun 2026.

SEPANG, 30 Jun – Seorang peniaga durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat hantaran komunikasi palsu di media sosial berkaitan pembekalan bahan api, pada April lalu.

Tertuduh, Nurhafizul Badrul Hisham, 34, dikesan membuat hantaran itu di laman Facebook menerusi akaun Nurhafizul Badrul Hisham dengan niat menyakitkan hati mana-mana orang pada 12 April lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, hantaran itu kemudian dilihat di Aras 8, Menara 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada jam 6.48 pagi, 13 April lalu.

Akaun Facebook dipercayai digunakan bagi menyebarkan berita palsu mengenai bekalan bahan API yang didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada 30 Jun 2026.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM7,000 dan 5 Ogos ini sebagai tarikh serahan dokumen.

Terdahulu, pegawai pendakwa MCMC, Mohamad Farhan Kamarudin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya ditawarkan ikat jamin yang rendah kerana hanya menjual durian dan tidak memiliki pendapatan tetap.

No comments: