Tiada lagi MN, Umno serik nak bekerjasama dengan Pas lagi – Puad Zarkashi


 


Pengalaman pahit bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional membuatkan Umno serik untuk menjalinkan semula kerjasama dengan parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Pas mempunyai sifat iri hati yang hanya melihat sesuatu perkara dari sudut kepentingan politik.

Beliau mengimbau kembali bagaimana Pas bermain “kayu tiga” dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu ketika masih bekerjasama dengan Umno.

“Memang betul cakap Shahidan Kassim. Ramai ahli akar umbi mahu “Muafakat Nasional” dihidupkan semula. Tetapi sukar dilaksanakan. Pengalaman pahit bersama Pas menyebabkan Umno serik untuk bekerjasama semula. 

“Pas ada sΔ±fat iri hati. Parti itu melihat dari sudut kepentingan politik. Patut Umno-Pas kuatkan dulu MN. Tetapi Pas main kayu tiga. Parti itu bimbang Umno jadi dominan. 

“Justeru parti itu sertai Perikatan Nasional di bawah Bersatu. Umno sudah hilang kepercayaan kepada kejujuran politik Pas,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah Mohd Puad, Pas bukan sahaja pernah tinggalkan Barisan Nasional tetapi juga Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat dan kini PN bermasalah.

“Maka kalau Pas ada niat untuk hidupkan MN, lebih baik Pas sertai Musyawarah Nasional. Tiada tujuan politik. Ia diketuai oleh TS Abd Ghani Othman. Tokoh berintergriti,” sarannya.





No comments: