1. Mungkin sebab Nik Zawawi sebut “minta maaf atas kekhilafan” selepas Hina Sahabat Nabi, maka Tuan Ibrahim petik kaedah fiqh yang ada perkataan “khilaf”.
2. Kaedah yang dia guna:
ุงูุฎุฑูุฌ ู
ู ุงูุฎูุงู ู
ุณุชุญุจ
“Keluar daripada khilaf adalah digalakkan.”
3. Khilaf Nik Zawawi maknanya “kesilapan”. Khilaf dalam kaedah fiqh pula merujuk kepada perbezaan pandangan ulama muktabar dalam isu fiqh.
4. Mungkin Tuan Ibrahim nak maksudkan “keluar daripada kesilapan itu digalakkan”, tapi itu bukan maksud asal kaedah tersebut.
5. Kaedah ini sebenarnya digunakan dalam masalah fiqh furu’ yang memang ada khilaf muktabar di kalangan ulama.
6. Contohnya, mazhab Syafi‘i berpandangan sentuhan lelaki dan perempuan ajnabi membatalkan wuduk, manakala mazhab lain ada yang kata tidak. Maka ambil wuduk semula dianggap lebih baik untuk keluar daripada khilaf.
7. Setakat yang diketahui dalam tradisi Ahlus Sunnah, tak ada khilaf ulama muktabar yang menerima dakwaan Saidina Abu Bakar RA sebagai “bapak ceti pemeras orang miskin” atau Saidina Umar RA sebagai “hobi berzina dan curi isteri serta anak dara orang” di zaman Jahiliah.
8. Itu bukan “isu khilaf”. Itu dakwaan berat yang perlukan sandaran sejarah sahih.
9. Sepatutnya Tuan Ibrahim terus terang kepada masyarakat bahawa fakta itu tidak sahih, bukan membawa kaedah fiqh yang tak ada kena mengena untuk ‘white washing’ kenyataan Nik Zawawi.
10. Ironinya, dalam kenyataan sama, dia ajak masyarakat mendalami ilmu dan merujuk ulama terdahulu, sedangkan penggunaan Qawa’id Fiqhiyyah dalam kenyataan itu sendiri boleh dipersoalkan dari sudut disiplin ilmu.
11. Bidang pengajian formal dia lebih tertumpu kepada dakwah dan kepimpinan berbanding pengkhususan Syariah dan Usul Fiqh. Jadi lebih baik perkara teknikal seperti ini dirujuk kepada mereka yang benar-benar mendalami disiplin tersebut.
12. Kesimpulannya, rakyat patut mula persoal, betul ke pemimpin PAS yang membawa imej “ulama” itu benar-benar ulama? Atau sekadar menggunakan title ulama untuk menguatkan pengaruh politik?
No comments:
Post a Comment