Petang tadi saya menyaksikan penyerahan jeti baharu antara LKIM dan PNK Kuala Kedah bagi kegunaan komuniti nelayan Tok Pasai yang terkesan dengan projek naiktaraf terminal feri penumpang ke Langkawi di mana jeti lama telah dirobohkan. Lawatan saya pada 4 September 2024 bertemu nelayan di sini setelah menerima aduan daripada pegawai LKIM dan hasil libat urus tersebut, saya telah memohon kepadaa Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke Siew Fook yang mana peruntukan RM130,000 telah diluluskan.
Setinggi penghargaan kepada YB Menteri Pengangkutan yang membantu dan juga PNK Kuala Kedah serta LKIM yang memudahkan urusan penggantian jeti baharu ini. Saya berpesan kepada nelayan untuk terus dengan perjuangan menangkap ikan ini tetapi perlu ada perubahan untuk menjalankan projek ekonomi di sini bagi meningkatkan pendapatan selaras agenda 1P1P. Seramai 30 orang nelayan komuniti Tok Pasai ini turut menerima sumbangan bakul makanan. Turut hadir Asmirul Anuar Aris FC Pengerusi Amanah Kedah dan sahabat-sahabat Amanah.





No comments:
Post a Comment