Baru je lagi sahabat aku bertanya siapa layak jadi PM selepas DS Anwar. Dan aku tanpa ragu menyatakan 𝗦𝗱𝗿. 𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵. Di kacamata aku, pada masa ini, hanya Nurul Izzah punyai 𝙡𝙚𝙖𝙙𝙚𝙧𝙨𝙝𝙞𝙥 𝙦𝙪𝙖𝙡𝙞𝙩𝙮 untuk menjadi Perdana Menteri.
Malangnya ia 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗶𝘁𝘂. Kerana Izzah adalah anak kepada DS Anwar, PM kita sekarang. Atas sebab itu, Izzah 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 berada dalam kabinet selama mana DS Anwar jadi PM. Sedangkan ia satu keperluan yang penting.
Ini bukan seperti zaman 𝗱𝗶𝗻𝗼𝘀𝗼𝗿, yang mana si bapa jadi PM, anak jadi MB. Itu zaman 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶 boleh la. Di zaman ini, kejadian seperti itu susah nak berulang. Zaman PM 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 dah tamat walau riwayat orangnya masih belum tamat.
Jadi selepas DS Anwar, perlukan seseorang untuk isi kekosongan itu. Malangnya, pada hari ini, tiada lagi sesiapa yang 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠 𝙖𝙡𝙡 𝙩𝙝𝙚 𝙗𝙤𝙭𝙚𝙨. Kecuali seorang, iaitu 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻, atau lebih dikenali sebagai 𝗧𝗼𝗸 𝗠𝗮𝘁, Timbalan Presiden UMNO.
Masalahnya pula, Tok Mat ni orang UMNO. Dan aku sampai hari ini 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢 100℅ terutamanya bila 𝗽𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 seperti 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 masih lagi dibiarkan 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻. Macamana aku nak percaya kalau watak yang kelihatannya seperti 𝙏𝙧𝙤𝙟𝙖𝙣 𝙝𝙤𝙧𝙨𝙚 𝗣𝗡 masih menguasai UMNO?
Tapi masih ada masa lagi 7 tahun. Dalam masa itu, DS Anwar boleh didik orang yang berada di sekelil ing beliau untuk dijadikan penggantinya. Guane boh?
Raja Gelap II
.

No comments:
Post a Comment