DAH LAMA MARA ABAIKAN. KINI MARA KEMBALI PADA PERJUANGAN ASAL MEMBANTU ANAK MELAYU.

 Ihsan BA


Beginilah sepatutnya sistem pendidikan kita berjalan.




Teringat pengalaman lampau.


Ada beberapa kenalan yang keputusan SPM nya hebat. Keputusan SPM yang sepatutnya membolehkan mereka masuk ke universiti malah ke luar negara pun.


Tapi sayang, kerana kekangan kewangan keluarga (kategori miskin tegar), membuatkan hasrat mereka terbantut. Kalau yang dari keluarga 'berada', memang tiada isu melanjutkan pengajian.


Kecerdikan mereka tidak diletak dan disalur pada saluran yang sepatutnya.


Akhirnya, result SPM yang hebat itu hanya tinggal kenangan saja. Tidak membantu kerjaya mereka untuk melompat lebih tinggi.


Waktu itu pun pendedahan tentang bantuan-bantuan kewangan luar pun tak berapa nak ada dan tiada pendedahan sangat seperti sekarang.


Sedih juga melihat mereka. 


Tapi, jangan risau. Mengimani Allah itu Ar-Razzaq (Maha Memberi Rezeki), Allah pasti mencukupkan kehidupan mereka dan kita semua. 


Harap lebih banyak lagi bantuan-bantuan yang diberikan dari mana-mana agensi dan syarikat untuk membiayai pengajian. Baru semangat mereka dan belajar dan berlumba-lumba untuk cemerlang.


Semoga Allah memberi ganjaran akan usaha murni dari DR ASYRAF WAJDI DUSUKI dan pihak MARA ini sedikit sebanyak memberi sinar cahaya kepada mereka yang cemerlang ini agar terbayar pengorbanan dan lelah mereka menuntut ilmu dan dimanfaatkan potensi akal mereka untuk kemajuan.




No comments: