YADIM BERDAKWAH SAMBIL BERSEDEKAH

 







SUKARELAWAN YADIM (SAY) Pasir Puteh, Kelantan juga tidak ketinggalan menganjurkan Program Rewang Memasak Bubur Lambuk dan Street Dakwah.

Bertempat di Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh pada 15 Mac, seramai 15 orang anggota SAY Pasir Puteh menyertai program ini yang diketuai oleh Ketua Koordinatornya, Encik Mohd Hisham Haji Daud.

Program bermula seawal jam 9 pagi dengan menyedia dan menyiapkan bubur lambuk sebanyak satu kawah sebelum 300 pek bubur diedarkan kepada orang ramai dihadapan Masjid Ibrahimi bermula jam 3 petang. Turut diedarkan ialah risalah dakwah bertajuk ‘Kelebihan Mengejar Akhir Ramadan’.

Program ini adalah kerjasama bersama dengan Jabatan Belia Dan Sukan negeri Kelantan dan Syarikat Yaya Empire sempena Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan.

***

YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.

Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 

Atau klik link dibawah :

Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim

Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim

#melestarigerakandakwah
#MalaysiaMadani
#Ramadan360










No comments: