Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang mengesahkan bahawa polis sedang menyiasat kes lelaki Cina di Johor yang ditampar kerana makan secara terbuka dalam bulan Ramadan.
Aaron mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis di balai polis Tampoi selepas kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar raya di Johor Bahru.
“Saya telah dimaklumkan bahawa polis sedang menyiasat kes ini di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Tindakan sebegini tidak boleh merebak di negara yang mempertahankan prinsip Rukun Negara.”
Seksyen 323 menjenayahkan perbuatan mendatangkan kecederaan secara sukarela.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Mangsa seorang Cina dan bukan Muslim makan di sebuah kedai serbaneka apabila ditanya sama ada dirinya Cina.
Pemangsa bagaimanapun menampar mangsa walaupun mangsa menyatakan dirinya Cina.
Anak pemangsa telah memohon maaf atas kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment