PERPADUAN DIKALANGAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA.

 


DAP BAGAN DATO


8/3/2025 @ 8.00 pagi

Program Gerak Rahmah- Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan di perkarangan Pusat KRT Taman Sri Intan diadakan bertujuan meningkatkan semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan dalam komuniti dan masyarakat setempat.  Selain itu ia juga mencerminkan semangat ukhuwah.










Program ini disertai oleh komuniti Tmn Sri Intan yang terdiri dari berbilang kaum, staf-staf dan pelajar-pelajar dari kolej komuniti Bagan Datuk, Pn. Raja Noor Safeera binti Raja Ibrahim, Pegawai Perpaduan Daerah Bagan Datuk serta Tetamu Kehormat 

Datuk Hj Khairuddin Bin Tarmizi

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) / Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Bagan Datuk dan

Tuan Supt Mohammad Ali Bin Mohd Jali

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk.


Terima kasih kepada Pn. Nitha,Pengerusi KRT Taman Sri Intan, En. Cheah Swee Teck, Ahli Majlis dan ajk-ajk KRT serta komuniti yang terlibat dan awal persediaan hingga tamat program.  Terima kasih juga kepada Datuk Hj Khairuddin Bin Tarmizi dan Tuan Supt Mohammad Ali Bin Mohd Jali yang sentiasa memberi sokongan dan bersama komuniti Taman Sri Intan.


#MalaysiaMadani 

#StrongerTogether



No comments: