Ramai kakitangan awam suka bermewah dan berbelanja melebihi kemampuan sendiri, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Beliau berkata, terdapat anggota perkhidmatan awam yang membuat pinjaman kewangan berlebihan sehingga jatuh bankrap atas desakan untuk menunjuk status sosial.
Beliau menasihatkan sekiranya seseorang pekerja itu hanya mampu menggunakan Perodua Myvi, tidak usah cuba membeli Toyota Vios.
“Terdapat kakitangan awam dianugerahkan kemahiran menguruskan berjuta ringgit wang kerajaan, namun dia tidak mampu menguruskan wang sendiri sehingga terpaksa membuat pinjaman.
“Kita sepatutnya hidup atas kemampuan kita, kalau kita mampu pakai telefon bimbit jenama Xiaomi, jangan cuba pakai iPhone.
“Terdapat kakitangan awam yang suka bermewah dari segi penampilan, sebagai contoh sekiranya mereka mampu memiliki kereta Perodua Myvi, janganlah cuba pakai Toyota Vios,” katanya pada Program Rahmah Ramadan Madani semalam memetik Berita Harian.
Semalam Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid mendedahkan gaya hidup golongan muda hari ini yang suka ‘menunjuk-nunjuk’ menjadi punca ramai antara mereka terjerat dengan masalah kewangan, seterusnya diisytiharkan bankrap.
No comments:
Post a Comment