KAH KAH KAH... KALAH SAMAN FITNAH


 PERMOHONAN MAAF AL MAHI RAJA KEPADA SYIHABUDIN AHMAD









Alhamdulillah, walaupun semalam 7/3/2025 tiada sebarang permohonan maaf dari pihak Al Mahi Raja sekalipun telah diarahkan oleh mahkamah untuk dilakukan hal demikian, hari ini dia sudah upload permohonan maaf (buat masa ini hanya di Tiktok dan Instagram, saya menunggu update untuk facebook). 


Berikut adalah transkrip


TEKS PERMOHONAN MAAF DEFENDAN


Saya, Raja Muhammad Al-Mahi bin Raja Badrol Hisham, dengan ini memohon maaf tanpa syarat kepada Ustaz Mohd Shahabudin bin Md Yatim atas video saya pada 17.03.2022 bertajuk:“Sampai bila kita nak diam membiarkan orang mengkritik ulama’ kita dengan sewenang-wenangnya”“Sampai bila nak diam melihat ulama’ kita dihina????” yang telah saya muat naik di akaun Tiktok milik saya atas nama “Raja Muhd Al-Mahi”, akaun Instagram milik saya atas nama “almahiraja”, dan akaun Facebook milik saya atas nama “Raja Al Mahi (Bekam Sunnah)” (dirujuk sebagai “video tersebut”).


Saya menyatakan bahawa kandungan video tersebut mengandungi kenyataan-kenyataan yang tidak benar yang menjatuhkan maruah dan reputasi Ustaz Mohd Shahabudin bin Md Yatim, dan saya dengan ini menarik balik serta telah memadamkan video tersebut. Saya menyesali perbuatan tersebut dan berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan. Saya berharap permohonan maaf ini dapat membersihkan semula nama baik, reputasi dan maruah Ustaz Mohd Shahabudin bin Md Yatim.


Bertarikh pada 7 Mac, 2025


PERINTAH MAHKAMAH


 1. Mahkamah memerintahkan secara mandatori supaya Defendan memadamkan semua video, hantaran, status, komen dan apa-apa tulisan yang berunsur fitnah terhadap Plaintif, yang telah diterbitkan atau dimuat naik oleh Defendan pada 17 Mac 2022 bertajuk:

 • “Sampai bila kita nak diam membiarkan orang mengkritik ulama’ kita dengan sewenang-wenangnya”

 • “Sampai bila nak diam melihat ulama’ kita dihina????”

dalam mana-mana platform media sosial termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 • Akaun TikTok: “Raja Muhd Al-Mahi”

 • Akaun Instagram: “almahiraja”

 • Akaun Facebook: “Raja Al Mahi (Bekam Sunnah)”

Arahan ini hendaklah dilaksanakan serta-merta.


 2. Mahkamah mengeluarkan Perintah Injunksi Kekal (Perpetual Injunction) yang menghalang Defendan daripada menerbitkan sebarang video, hantaran, status, komen atau tulisan berunsur fitnah terhadap Plaintif di mana-mana platform media sosial, termasuk tetapi tidak terhad kepada TikTok, Instagram, Facebook, dan mana-mana platform lain yang serupa.


 3. Defendan diwajibkan membuat dan menerbitkan permohonan maaf bertulis dalam bentuk “pinned post” di akaun:

 • TikTok (“Raja Muhd Al-Mahi”)

 • Instagram (“almahiraja”)

 • Facebook (“Raja Al Mahi (Bekam Sunnah)”)

Permohonan maaf tersebut mesti kekal sebagai “pinned post” selama 3 hari dari tarikh penghakiman direkodkan. Selepas tempoh tersebut, ia tidak lagi perlu sebagai “pinned post”, tetapi hendaklah kekal di akaun-akaun tersebut secara terbuka dan tidak boleh dipadam selama-lamanya.


 4. Teks permohonan maaf yang diterbitkan hendaklah mendapat kelulusan Plaintif terlebih dahulu, sebelum dimuat naik oleh Defendan di mana-mana platform media sosial.


 5. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar kos sebanyak RM12,000.00.

 • Bayaran ini perlu dijelaskan dalam tempoh tiga (3) tahun, bermula dari April 2025 sehingga bayaran terakhir pada April 2028.


 6. Penghakiman ini berkuat kuasa serta-merta dari tarikh ia direkodkan.



PENGENDORSAN NOTIS PENAL


Jika Defendan gagal mematuhi mana-mana perintah dalam penghakiman ini dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadapnya.


Bertarikh pada 7 Mac, 2025




No comments: