[viral] ADUN RASUAH! PEMBERI MAKLUMAT HANTAR SURAT KEPADA PMX! KHUTBAH B...


Pemberi maklumat yang memiliki bukti video berhubung skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa ahli politik telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan SPRM. Surat itu, yang salinannya diserahkan kepada Malaysiakini, mendakwa selain lapan Adun itu, "pemimpin tertinggi" negeri berkenaan juga terlibat dalam skandal berkenaan. Ia mengandungi dakwaan tertentu penyalahgunaan kuasa terhadap pemimpin tertinggi itu yang mana pemberi maklumat meminta Malaysiakini tidak dedahkan buat masa ini. Surat yang disediakan oleh peguamnya Mohamed Izwan Azmi daripada Izwan Mazniza Kamil and Associates menyatakan jumlah keseluruhan dakwaan suapan itu ialah RM4 juta. Surat itu yang dihantar pagi ini turut dimajukan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki. ============================================================================ Khatib di seluruh negeri diingatkan agar khutbah dijadikan sebagai platform untuk memupuk perpaduan dalam kalangan umat Islam bukan menimbulkan perpecahan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar menegaskan peranan utama khutbah adalah untuk menyampaikan nasihat serta menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam. "Peranan utama khutbah adalah untuk menyatu padukan umat Islam, bukan jadi pemecah belah apatah lagi menggunakan mimbar khutbah untuk memfitnah benda tidak betul," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Padang Serai, Kedah yang dikatakan mengupas isu pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China ketika menyampaikan khutbah Jumaat. Dia berkata demikian selepas Program Santuni Komuniti Madani Peringkat Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Bharu.