SELEPAS MUHYIDDIN KALAH- MP KEPALA BATAS BAKAL KENA...SAMAN SAMPAI RAPAT BIAR DIA BANGRAP .KES SAMAN 3 MP DAP. KEDUA DIA MENUDUH KERAJAAN BERI KERAKYATAN 1.2 JUTA KEPADA WARGA CHINA....SAMAN SAMPAI LEBAM.


Mahkamah Tinggi di Georgetown hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, menjawab tuntutan saman tiga pemimpin DAP terhadapnya, sebelum atau pada 11 Januari tahun depan. Pada 27 November lalu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang; serta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, memfailkan saman secara berasingan terhadap Siti Mastura berhubung ucapannya pada ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman pada bulan sama. Peguam, Datuk S N Nair yang mewakili ketiga-tiga plaintif itu, ketika dihubungi pemberita berkata Penolong Kanan Pendaftar, Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin, memerintahkan sedemikian pada prosiding pengurusan kes secara e-review, hari ini. Beliau berkata, mahkamah turut mengarahkan anak guamnya memfailkan jawapan kepada pembelaan itu sebelum atau pada 26 Januari tahun depan. Katanya, mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes lanjut pada 9 Februari tahun depan. Ketiga-tiga plaintif itu turut diwakili peguam, Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin, manakala peguam, Mohamad Hakim Faharmi Hassan, mewakili Siti Mastura selaku defendan. Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif itu mendakwa Siti Mastura mengeluarkan kenyataan mendakwa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan ketuanya, Chin Peng, serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew. Plaintif mendakwa bahawa dalam ceramah pada 4 November lalu, defendan membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada mereka, iaitu mereka didakwa mempunyai hubungan dengan PKM, menyokong dan mengamal serta menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara. Ketiga-tiga ahli politik itu mendakwa bahawa dakwaan defendan adalah tidak berasas, palsu dan berniat jahat kerana sengaja mengaitkan mereka dengan PKM serta Chin Peng. Kesemua plaintif itu mendakwa, tindakan defendan jelas sekali didorong tipu muslihat untuk mendapatkan publisiti bagi menaikkan imej parti politik defendan. Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan sama.