"Tegas tapi jangan sampai bergaduh," demikian nasihat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad buat orang awam yang mahu menegur individu yang masih berdegil dan merokok di dalam premis makanan.
Menurutnya, beliau cakna dengan aduan rakyat yang bimbang mungkin berlaku pergaduhan sekiranya perokok-perokok itu ditegur.
Justeru, beliau berkata, meskipun sukar, namun beliau menasihatkan untuk mengelak daripada bergaduh, mengambil gambar dan kemudian melaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews.