MELIBATKAN URUS SEBELUM BELANJAWA.

 

Menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober, Kerajaan MADANI meneruskan siri libat urus bagi mendengar pandangan setiap segmen masyarakat termasuk pemain industri di negara ini.



Untuk kali ini, saya bersama YAB Menteri Besar Perak, YB Menteri Perladangan dan Komiditi, Ketua Setiausaha Negara serta pegawai kanan kerajaan mengadakan perbincangan bersama pemain industri sawit.


Dalam sesi libat urus, beberapa perkara disentuh dan diberi perhatian antaranya melibatkan isu berkaitan tenaga kerja asing, kadar pengeluaran sawit yang rendah dan usaha meningkatkan aktiviti hiliran berkaitan sawit dalam usaha memastikan kelangsungan industri sawit negara.


Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara ini terus diperkasa, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

#Belanjawan2025