Che Ibrahim.
Selain mazhab fiqh ( mazhab Hanafi, Maliki, Shafie, Hanbali, Zaidiyyah, Jaafariah, Ibadhiah dan Zohiriyyah ) yang masih ada pengikutnya, ada mazhab mazhab yang di kenali sebagai mazhab ilmu kalam, iaitu:
1. Mazhab Ilmu Kalam (Ahli Al Sunnah wal Jemaah)
- Mazhab Al Kullabiah
- Mazhab Al Asya'irah
- Mazhab Al Maturidiyyah
- Mazhab Al Zohiryyah
2. Mazhab Ilmu Kalam (bukan AWSJ)
Syiah, Khawarij, Muktazilah, Jahmiah, Kalamiah, Murjiah, Jabariah, Qadariah dan Salamiah Dan lain lain.
Mengikut catatan sejarah, Fahaman Al Asya'irah yang diasaskan oleh Abu Hasan Al Asy'ary dan Al Maturidyyah yang diasaskan oleh Abu Mansor Al Maturidyy ialah bagi menentang fahaman Muktazilah yang banyak berpegang kepada akal @ logik selain menentang pemikiran falsafah Yunani yang telah meresap masuk ke alam islami.
Abu Hasan Al Asy'ari di segi feqahnya bermazhab Shafie, manakala Abu Mansor Al Maturidy pula bermazhah Hanafi.
Isunya semenjak bila atau kok celah mana pula tiba tiba pertembungan pemikiran hari ini dilihat lebih kepada pertembungan ASWJ dan Wahabi?? Pertembungan apakah pula ini?