SSPA ganti SSM mulai 1 Disember ini


Antara penjawat awam yang hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 “Perkhidmatan Awam MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. FOTO BERNAMA
Antara penjawat awam yang hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 “Perkhidmatan Awam MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. FOTO BERNAMA

Putrajaya: Kerajaan bersetuju Skim Saraan Malaysia (SSM) digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam.

"Walaupun gesaan saya mesti capai kemajuan tapi tahap pengorbanan (penjawat awam) ini luar biasa.

"Bukan sahaja dalam menghadapi ancaman komunis dahulu, menangani COVID-19, jangan lupa petugas barisan hadapan itu adalah penjawat awam, jadi kerajaan setuju supaya SSM digantikan dengan SSPA," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan SSPA berdasarkan tiga inti pati reformasi termasuk untuk meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

"Kedua adalah untuk meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan ketiga adalah untuk meningkatkan daya saing negara," katanya.

Berita lanjut menyusul



No comments: