Kadar pelarasan gaji penjawat awam naik 15 hingga 42 peratus

 

Kadar pelarasan gaji penjawat awam naik 15 hingga 42 peratus



Anwar bertemu penjawat awam ketika majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) pada Jumaat.Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Anwar bertemu penjawat awam ketika majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) pada Jumaat.Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - Kadar pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan dari 15 hingga 42 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pelarasan gaji itu akan dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2025.

Anwar (tengah) ketika majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) pada Jumaat. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Anwar (tengah) ketika majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) pada Jumaat. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

"Pelarasan gaji secara berfasa ini dibuat bagi mengurangkan kesan inflasi," katanya menerusi Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19, di sini pada Jumaat.