[panas] AZMIN ALI TERPALING PERDAGANGAN! BRO ISWARDY CUCI OTAK MIN BRIT!


Keputusan Tesla untuk tidak membuka kilang di Malaysia membuktikan kegagalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memahami urusan perdagangan. Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Mohamed Azmin Ali berkata Malaysia tidak memiliki bahan mentah utama bagi pembuatan kereta elektrik Tesla. Menurutnya atas alasan itu maka mustahil untuk Tesla melabur di negara ini seperti mana diumumkan Anwar sebelum ini. "Kita tak ada nikel, kalau ada pun kecil di Sabah, deposit nikel terbesar ini ada di Indonesia, takkan lah dia nak melabur di Malaysia bahan mentah di Indonesia, tak masuk akal. "Justeru itu, kita lihat Pak Jokowi Presiden Indonesia bergegas bertemu Elon Musk di Amerika Syarikat. Meyakinkan Elon Musk bahawa aku Indonesia ada nikel datanglah ke Indonesia. "Saya yakin Elon Musk tidak akan melabur di Malaysia, tapi Anwar perasan, dia tak faham tentang perdagangan," katanya ketika becermah di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, malam tadi. Sebelum ini, Tesla dilaporkan tidak akan membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia. Akhbar The Nation memetik sumber kerajaan Thailand berkata pengeluar EV itu sebaliknya hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan. Sumber Berita/Video YT Bro ISwardy






No comments: