PMX MENYAMPAIKAN AMANAT KPDN.

 

Hadir bertemu dan menyampaikan amanat di hadapan barisan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang tadi.








Amanat ini saya mulakan dengan menzahirkan penghargaan tertinggi buat penguat kuasa KPDN yang juga panglima perang di peringkat akar umbi, yang menggalas tanggungjawab berat menyelamatkan ketirisan dalam negara.


Banyak dasar negara seperti subsidi barangan serta usaha Kerajaan mengawal harga barangan dapat dilaksanakan dengan baik kerana komitmen serta kesungguhan mereka, meskipun berterusan berdepan kritikan oleh pihak-pihak yang tidak pernah turun ke lapangan dan memahami risiko dihadapi penguat kuasa KPDN.


Umpamanya harga ayam yang tidak melonjak tatkala kerajaan mengambil tindakan berani melaksanakan pengapungan harga ayam ketimbang membiarkan kartel mengaut keuntungan, selain inflasi kekal terkawal pasca penyasaran subsidi diesel.


Pada masa sama, saya tidak menafikan masih terdapat kelemahan terkait tatakelola dan integriti yang perlu diperbaiki. Justeru saya gesa setiap warga KPDN menunjukkan contoh terbaik dan mengembalikan imej serta maruah pasukan.


Di akhir majlis, saya dan pimpinan tertinggi KPDN meluncurkan portal Ihsan MADANI sebagai strategi Kementerian menangani kos sara hidup dengan meningkatkan akses rakyat terhadap inisiatif dan bantuan yang telah diumukan oleh Kerajaan.


Semoga segala tekad Kerajaan untuk mengatasi masalah kos sara hidup rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin, khususnya dengan peranan, tekad dan keupayaan penguat kuasa KPDN.


#MalaysiaMADANI



No comments: