𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗶𝘀𝘁𝗶𝘄𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗹𝗶:





Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶) 𝗽𝘂𝗮𝗸-𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗮𝗸-𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗶𝗻𝗶 (𝗨𝗠𝗡𝗢), 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝘆𝗮𝗵𝗶𝗱.”


𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗔𝗭𝗛𝗔𝗥 𝗜𝗗𝗥𝗨𝗦


"Parti PAS, teruskan perjuangan, tingkatkan lagi kekuatan minda dan ruh kita dalam perjuangan. Ingat, jangan takut makhluk, jangan takut pemerintah kerajaan raja besar mana pun, kita nak duduk dalam keadaan, 𝗮𝗸𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗵𝗶𝗱 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗽𝗮, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗮𝗸𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗺𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗶𝗻𝗶"


𝗛𝗔𝗗𝗜𝗧𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗙𝗔𝗧𝗪𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗡𝗨𝗛


Seorang sahabat mengalami luka di kepala, kemudian dia mengalami mimpi basah (iaitu junub). Dia bertanya kepada sahabat yang lain adakah dibenarkan baginya untuk bertayamum sahaja kerana keadaannya. 


Namun, sahabat-sahabat lain berkata bahawa dia perlu mandi wajib. Walaupun dia bimbang akan kesan mandi itu pada luka di kepalanya, dia tetap mandi seperti yang diarahkan. 


Akibatnya, dia meninggal dunia kerana mandi tersebut memperburukkan keadaan lukanya.


Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda:


قَتَلُوهُ قَتَلَهُمُ اللَّهُ، أَلَا سَأَلُوا إِذَا لَمْ يَعْلَمُوا، فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ"


"Mereka telah membunuhnya, semoga Allah membinasakan mereka. Tidakkah mereka bertanya jika mereka tidak tahu? Sesungguhnya penyembuh bagi kejahilan adalah bertanya."


(Hadith riwayat Abu Dawud, no. 336, Sunan Abi Dawud, dan al-Darimi)




No comments: