LAWAN KHAWARIJ, JANGAN BENAR MEREKA BEETAPAK DI MALAYSIA.


Ahmad Mohd Afendi


 Khawarij sudah ada di Malaysia, dan kenapa kita kena melawan khawarij. Ambillah ibrah kejatuhan Libya.

.

Tulisan Selepas Sahur




.

Ibn Abd Nu'm menukilkan kata-kata Ibn Umar:

.

 “Aku telah menjadi saksi kepada Ibn ‘Umar, seorang lelaki telah bertanya kepadanya tentang darah nyamuk (yang terkena tubuh). Lalu Ibn ‘Umar bertanya: Siapakah kamu?

.

Dia menjawab: Daripada penduduk Iraq.

.

Dia (Ibn Umar) berkata: Perhatikan orang ini! Dia bertanya kepadaku tentang darah nyamuk, sedangkan mereka telah membunuh anak Nabi (yakni al-Husain bin Ali RA).

.

Aku mendengar bahawa Rasulullah SAW berkata, "Mereka (Hasan dan Husain) adalah dua kuntum bungaku yang wangi di dunia ini"

.

Dicatat dalam Al Bukhari no rujukan 5994

.

Bagaimana seseorang yang cukup cermat dalam hukum sampaikan darah nyamuk pun tidak terlepas dari pertikaian hukum, tiba tiba boleh menjadi pembunuh cucu kesayangan Rasulullah SAW?

.

Ada persamaan tak dengan keadaan di Malaysia ketika ini?

.

Mereka memikirkan hukum selawat antara solat tarawih, hukum air wuduk tak sempurna, hukum itu dan hukum ini.

.

Dari mulut mereka juga bermudah mudah "kapir" itu ditujukan kepada orang Islam yang lain?

.

Inilah yag berlaku di Libya, golongan huffaz dan ulama mengkapirkan Kolonel Muammar Ghadafi, akhirnya dia dibunuh oleh rakyatnya sendiri.

.

Akhirnya, rakyat Libya menyesal tak sudah sampai hari ini. Sewaktu Kolonel Muammar Ghadafi masih hidup, golongan huffaz dan ulama ini kufur kepada nikmat Allah, menghasut kebencian rakyat kepada Ghadafi kerana temakan hasutan dari luar.

.

Nikmat apa yang Allah SWT tak beri kepada Libya sewaktu dibawah pemerintahan Kolenel Muammar Ghadafi? Carilah, tuan puan akan jumpa.

.

Di Malaysia, kita sudah berdepan pemerintahan yang mana nikmat sebagai Rakyat Malaysia ditarik balik oleh Allah SWT, iaitu pemerintahan bawah Mahaidin.

.

Siapa yang bersama Mahaidin pada waktu itu? Tuan puan tahu, semua orang tahu.

.

Apa yang Mahaidin buat pada waktu itu?

.

PKP, PKPP, PKPD...

.

Keluarkan KWSP...

.

Berbahagi jawatan GLC sesama MP...

.

Apa yang terjadi?

.

Kehilangan pekerjaan...

.

Kejadian kibar bendera putih...

.

Kejadian bunuh diri...

.

Harga barangan, apa yang berlaku waktu itu?

.

Telur gred A 30 biji dari 10 ringgit naik sampai 18 ringgit.

.

Minyak masak 5kg naik sampai 50 ringgit.

.

Ayam naik harga, daging naik harga...

.

Terlupakah kita?

.

Tidakkah kita belajar sesuatu dari kehidupan lepas?

.

Tiba-tiba Azhar Idrus menakwilkan surah Al Kafirun dengan mengatakan "Allah suruh kita panggil orang kafir".

.

Mengulang-ulang ayat awalan surah Al Kafirun TANPA menjelaskan keseluruhan surah Al Kafirun dan kenapa surah Al Kafirun itu boleh turun.

.

Kerana Arab Jahiliyiah menawarkan kepada Rasulullah SAW, "kami sembah tuhan kamu, kamu sembah tuhan kami".

.

Kenapa Azhar Idrus ini tak cerita maksud ayat lain dalam Al Kafirun? Kenapa mengulang-ulang ayat awal sahaja?

.

Inilah yang Rasulullah SAW kata kepada kita:

.

“Akan ada di kalangan umatku perselisihan dan perpecahan. Iaitu satu kaum yang bagus dalam perkataannya, namun jelek dan keji dalam perbuatannya. Mereka membaca al-Qur’an namun tidak melewati tenggorok mereka.”

.

Hadis dicatat Imam Ahmad no 13338

.

Perkataan yang bagus, membaca Al Quran, tapi baca sekerat di mulut, keseluruhan ayat sangkut dalam kerengkong.

.

Ulama Jahat seperti Azhar Idrus inilah, Rasulullah SAW sudah beri amaran keras:

.

“Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.”

.

Hadis riwayat Imam Al Baihaqi.

.

Kenapa saya menulis perkara ini? Kenapa saya merisikokan personal branding saya menulis perkara ini?

.

KIta semua akan mati, dan kita semua akan ditanya oleh Allah SWT di pertimbangan mahsyar kelak.

.

Apabila golongan Khawarij kelihatan jelas di mata kita dan cuba menganggu gugat keamanan di negara kita maka menjadi tanggungjawab kita sebagai setiap muslim untuk bersuara mematahkan semua hujah golongan khawarij.

.

Termasuk ulama ulama jahat mereka yang suka menghasut kepada kebencian. Sedangkan Rasulullah SAW dalam proses dakwah menunjukkan akhlak yang sangat baik.

.

Gambar dibawah adalah anak anak melayu Kristian filipina

.

Kalau kami yang pergi menyantuni ibubapa mereka ini membawa akhlak macam Azhar Idrus dan golongan kahwarij Malaysia, rasanya mereka ini akan mesra tak dengan kami?

.

Lawan khawarij, jangan benarkan khawarij mempunyai tempat di Malaysia ini.



No comments: