MUFTI PERLIS DR MAZA PATAHKANHUJAH BIADAP MAT JARGON YANG BIADAP!


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Palestin datang dari diri Perdana Menteri itu sendiri. Menurutnya, ucapan PMX pada Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin bukan lakonan politik. “Saya hadir ke majlis ini. Saya mendengar ucapan YAB PMX. Saya berpendapat beliau telah mengambil risiko yang besar untuk dirinya, bahkan politiknya demi isu Palestin. “Jika ia satu lakonan politik, pasti ia bukan lagi sesuatu membawa laba yang banyak. “Saya percaya, dari kenyataan-kenyataan yang sangat tegas dan jelas itu, itu datang dari diri beliau,” katanya menerusi akaun Facebook, Dr MAZA Channel. Terdahulu, Anwar dalam Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin hari ini antara lain menempelak kenyataan segelintir pihak yang mempersoalkan usaha murni kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk diberi rawatan. Mengulas lanjut, Dr Mohd Asri berkata Allah lebih mengetahui segalanya. “Itulah andaian saya yang tidak terlibat dengan parti politik sesiapa. “Pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang tidak memegang tampuk kuasa sahaja yang biasanya bercakap demikian,” ujarnya lagi. Sumber Berita




No comments: