KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT KERAJAAN PERPADUAN









Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang berlangsung pada 27 Ogos 2024 di Seri Perdana, Putrajaya telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan seperti berikut:


1. Mesyuarat menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri dengan majoriti besar. 


2. Menyokong penuh calon Barisan Nasional di PRK DUN Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional dalam masa terdekat.


3. Seluruh jentera parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia terutamanya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan digerakkan sepenuhnya bagi memenangi hati dan sokongan pengundi di DUN Mahkota dari kalangan pelbagai kaum dan agama.


4. Mesyuarat memperakui struktur jentera Kerajaan Perpaduan Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil N.29 DUN Mahkota sebagaimana berikut:


a) Pengarah Pilihan Raya Kecil: YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.    

                                                                                                                                                          b) Penyelaras Jentera Pakatan Harapan: YB Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan.

 

5. Mesyuarat turut memandang serius isu-isu mengenai 3R dan menegaskan akan menumpahkan taat setia serta terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan DYMM Raja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.


Dr Asyraf Wajdi Dusuki,

Ketua Sekretariat,

Kerajaan Perpaduan Malaysia.



No comments: