YANG NI NO WAHID.

 


Seorang pelajar Tingkatan Empat dikejarkan ke hospital di Kemaman selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri dipercayai selepas mengambil rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushrooms'.



Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila mangsa dikatakan rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri ketika berada di sekolah, minggu lalu.


"Kejadian itu disedari rakan-rakan mangsa dan bergegas memberitahu guru. Mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran oleh ahli keluarganya sebelum dikejarkan ke hospital," jelasnya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews