PERBICARAAN FITNAH DAN HASUTAN PAPAGOMO TERHADAPDS ANWAR IBRAHIM PERDANA...



Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia pro kepada Israel, sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar Datuk Zahairi Baharim memaklumkan perkara itu merujuk kepada penyata rasmi Dewan Rakyat (Hansard) bertarikh 16 Okt 2023, iaitu penerangan daripada Anwar menyatakan ketegasan kerajaan Malaysia terhadap kezaliman, penindasan dan pemerasan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. “Isu Palestin dikendalikan oleh Kementerian Luar dan kementerian berkenaan akan menyediakan jawapan bersama pasukan dan diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri. “Kami di Kementerian Luar diminta untuk memberikan penerangan berkenaan situasi di Gaza di Pejabat Perdana Menteri pada 9 pagi sebelum Perdana Menteri pergi ke Parlimen dan saya hadir semasa penerangan itu,” katanya yang kini memegang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam. Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, pada perbicaraan kes Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. Wan Muhammad Azri didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut bahawa kerajaan pro kepada Israel dan barat di laman Facebook Halid Hamidi (Halid Mat Kool), dan ia dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 1 tengah hari 8 Nov 2023. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Perbicaraan bersambung 18 Okt. ======================================================================================== Betulkah kerajaan sekarang ini adalah kerajaan yang paling diktator yang kita ada? Demikian tuduhan Ambiga Sreenevasan terhadap kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Saya menghormati Ambiga mantan pimpinan NGO Bersih dan mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia. Tetapi tuduhan terbaru Ambiga ini saya tidak bersetuju. Saya ahli parlimen dari parti PKR dan Pakatan Harapan (PH) yang menjadi tunggak kerajaan persekutuan sekarang. Saya nak menyangkal tuduhan Ambiga kerana tuduhan itu salah. Cadangan kerajaan untuk mengenakan syarat bahawa syarikat-syarikat flatform media sosial dari luar negara perlu ambil lesen mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh dibantah, boleh dipertikai dan boleh disanggah semaunya.Tetapi menuduh kerajaan persekutuan terus terus jadi dictator kerana cadangan itu adalah berlebihan dan tidak adil. Saya sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat yang menyokong kerajaan persekutuan sekarang walaupun sedar kerajaan ini ada kelemahannya di sana sini amat yakin bahawa kerajaan ini bukan kerajaan diktator. Saya yang menceburi dunia politik dari muda semasa mahasiswa sehingga ke usia warga emas kini yang memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara menafikan bahawa kerajaan pimpinan Anwar ini seorang diktator. Bagaimana kerajaan ini diktator sedangkan ia tidak pernah menggantung parlimen dengan mengisytiharkan darurat seperti kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelumnya? Bagaimana kerajaan pimpinan Anwar ini seorang diktator sedangkan di Parlimen Laporan Suhakam dibahaskan? Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) Parlimen dibahaskan secara terbuka di Parlimen? Bagaimana kerajaan persekutuan sekarang jadi diktator sedangkan tiga minggu lalu pada 6 Julai calon yang mewakili parti kerajaan persekutuan kalah teruk di PRK Sungai Bakap? Adakah kerajaan diktator benarkan berlaku calon partinya kalah teruk macam di PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang dan kalah sebelum itu di PRK Kemaman, Trengganu. Jadi, tolonglah Ambiga! Berpada-padalah jika menuduh kerajaan persekutuan yang ada sekarang. Tegur dan kritiklah akan segala kelemahan kerajaan persekutuan ini. Tetapi menuduh diktator itu terlalu berlebihan.




No comments: