Selamatkan UPNM, Selamatkan Malaysia.

 

Selamatkan UPNM, Selamatkan Malaysia. 


Antara tujuan penubuhan UPNM ialah untuk melahirkan pemimpin tentera yang bukan sahaja mampu menerima arahan dengan baik dari pihak kerajaan untuk menjalankan misi-misi penting, tetapi juga mampu memimpin tentera dan negara semasa situasi yang memerlukan.







Oleh itu UPNM memerlukan bukan sahaja bakat dan semangat, tetapi juga pelajar yang pintar.


Apabila isu UPNM disensasikan, ramai ibu bapa mula menjauhkan anak masing-masing dari UPNM. 


Jika ini dibiarkan berterusan, UPNM dan negara akan kehilangan bakat penting untuk memimpin angkatan tentera kita, seterusnya mungkin menjadi satu ancaman kepada negara dalam waktu krisis.


Kita dan kerajaan kena akui bahawa ada sesuatu yang tidak enak di UPNM. RCA perlu dibuat dan tindakan pembetulan perlu dilakukan. Saya yakin ia telah dilakukan.


Ibu bapa mesti diyakinkan bahawa gejala ini telah berakhir. Walaupun terjadi gejala ini, kerana faktor individu dan masa, pastikan telah wujud satu mekanisma yang boleh dengan segera gejala ini dihentikan.


Tiada 'backup' tiada simpan bawah karpet.

Semua isu mesti ditangani mengikut undang-undang. 


Tiada kuasa mengatasi undang-undang. Mereka yang bersalah melakukan dan membenarkan ia berlaku atau cuai mesti dihukum.


UPNM mesti dipulihkan. Demi negara kita yang tercinta. Untuk itu rakyat dan ibu bapa mesti memberikan kepercayaan semula.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



No comments: