Nazri Hamdan.
Kejadian bunuh di UPNM patut menjadikan kita insaf sebab kejadian ni juga menandakan kegagalan masyarakat kerana tak ambil peduli.
Perkara ini mungkin boleh dielak jika:
1. Klinik yang merawat arwah tak percaya bulat-bulat yang arwah cedera terkena letupan. Letupan adalah kes serius. Kenapa bukan pihak universiti yang hantar? Kenapa kawan-kawan sahaja? Klinik sepatutnya syak sesuatu dengan tahap kecederaan arwah dan boleh lapor pada polis / UPNM.
2. Jurulatih arwah pergi siasat selepas dapat surat layang memberitahu keadaan arwah. Kalau beliau tak cuai dan bertindak pantas dah tentu dapat tahu keadaan arwah. Sebaliknya beliau bertindak tak bijak dengan tularkan surat layang itu menerusi whatsap.
3. Pemandu UBER (kini Grab) yang menghantar arwah dalam keadaan cedera teruk sepatutnya buat laporan polis setelah melihat keadaan sedemikian rupa.
4. Tidak mudah percaya pada bomoh yang menuduh arwah mencuri komputer riba.
Semoga kita semua alert dengan keadaan sekeliling selepas ini dan tak pentingkan diri sendiri.
Apa pun reputasi UPNM pasti tercalar teruk selepas ini.