KALAU ANWAR DIJATUHKAN, TAK SEMESTINYA MUHYIDDIN NAIK JADI PM



Seorang rakan yang merupakan pengikut tegar Anwar Ibrahim sejak era reformasi menegur beberapa tulisan saya yang mengkritik kerajaan madani dengan mengatakan tindakan ssya itu hanya akan membuka ruang kepada Muhyiddin Yassin kembali semula sebagai Perdana Menteri.

Katanya, jika Presiden Bersatu itu kembali sebagai Perdana Menteri, episod kegagalan selama 17 bulan sebelum ini akan berulang kembali.

Adakah itu yang kita mahu? tanyanya kepada saya.

Sambil menyebut Anwar adalah Perdana Menteri terbaik ketika ini, rakan saya itu juga secara terbuka mengatakan rakyat Malaysia harus mengekalkan Presiden PKR itu menerajui Putrajaya bagi tempoh 10 tahun atau selama dua penggal.

Saya hanya senyum mendengar keinginannya agar Anwar menjadi Perdana Menteri selama 10 tahun itu.

Dalam hati saya berbisik – jangankan 10 tahun, nak habiskan penggal atau nak menang PRU akan datang pun rasanya Anwar sedar masih lagi tak cukup nafas mendepaninya.

Dalam sejumlah komen dalam beberapa tulisan saya kebelakangan ini, ramai juga yang mengomen dengan maksud yang sama.

Menurut mereka, adakah kita mahu Muhyiddin kembali semula sebagai Perdana Menteri?

Keyakinan saya begini – baik sama ada Anwar dijatuhkan di pertengahan penggal atau akan ditumbangkan dalam PRU16 akan datang, Muhyiddin bukanlah pilihan pertama untuk diangkat semula sebagai Perdana Menteri.

Beliau hanya antara pilihan tapi bukan pilihan utama.

Dengan Muhyiddin masih ada kes mahkamah yang perlu diselesaikannya, bahkan ketika PRU16 nanti mungkin sudah dijatuhi hukuman, harus diakui laluannya adalah sukar untuk menjejaki langkah Tun Mahathir Mohamad – menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Di blok pembangkang, laluan untuk Hamzah Zainuddin yang kini Ketua Pembangkang atau Ahmad Shamsuri Mokhtar daripada Pas dirasakan lebih terbuka lagi.

Tambahan lagi, berdasarkan sentimen Melayu Melayu/Islam yang terus berkembang, jika dalam dalam PRU15 lalu Pas mampu memenangi 43 kerusi Parlimen, jumlah kemampuan menang parti itu dijangka akan bertambah lagi dalam PRU akan datang.

Namun diberitakan Zahid Hamidi menolak tawaran tersebut kerana ingin terus kekal menyokong Anwar dalam kerajaan perpaduan.

Tetapi, bulan depan atau tahun depan atau selepas PRU16 akan datang, jika tawaran sama didatangkan kepadanya, adakah Zahid Hamidi akan terus menolak sama?

Masa depan Hishammuddin pula, jika beliau menunggu sehingga PRU16 untuk menentukan hala tuju masa depannya, detik ketika itu mungkin sudah terlambat baginya.

Bersama kedudukannya yang digantung selama enam tahun daripada UMNO, kenungkinannya ialah beliau tidak akan dicalonkan lagi bertanding di Parlimen Sembrong pada PRU16 nanti.

Untuk itu, kiranya masih bermimpikan kerusi Perdana Menteri, Hishammuddin mesti melakukannya sebelum PRU16 diadakan.

Dengan hubungan baiknya dengan blok Berneo, di samping di dalam UMNO sendiri cengkamannya masih ada, tambahan lagi dengan duluan kes enam Ahli Parlimen Bersatu di mana sekarang ini semua Ahli Parlimen bebas mengalihkan sokongan mereka, bak kata nyanyian Ramli Sarip – jangan tunggu lama-lama.

Dipendekkan cerita, selepas Anwar tiada, tak semestinya Muhyiddin merupakan penggantinya. – ShahbudinHusin 19July2024.