KONFLIK KEGAMAAN SESAMA SENDIRI.


Zulkarnain Al Abyani


 "KALAU BERANI MAI LA ..."


1. Kita masih berpusing-pusing dalam isu yang sama saja setiap hari dalam konflik amalan keagamaan sesama Muslim.


2. Jika melibatkan politik, isunya judi, arak, konsert, dedah aurat, murtad, qunut nazilah, hudud. Jika advance sikit, isu RUU 355.


3. Jika melibatkan ibadat, isunya usolli, zikir beramai-ramai, talqin, ziarah kubur, sambutan maulid, nisfu syaanan. Jika advance sikit, isu hadith dhaif.


4. Jika melibatkan aqidah, isunya sifat 20, tauhid tiga, istiwa', yad, 'ain, nuzul, ta'alluq. Jika advance sikit, Asya'irah - Maturudiyyah, Wahabi - Salafi.


5. Isu-isu anak orang Islam tercicir dari persekolahan, orang Islam terkebelakang dalam sains, kekurangan doktor pakar Muslim, ekonomi orang Islam masih terumbang-ambing, kurang mendapat perhatian.


6. Pusat tahfiz tumbuh macam cendawan, tapi imam masjid masih orang tua yang semput dan tidak faqih. Sekolah agama dan aliran agama bersepah, tapi akhlak anak muda Muslim masih terkebelakang. 


7. Saya tidak berkata, "Manusia sudah binasa", kerana saya yakin masih ramai orang Islam yang sedar masalah sebenar kita dan usaha mengislahkan umat tidak pernah berhenti.


8. Cuma saya meluahkan apa yang terbuku dalam hati apabila kelmarin, seorang pemuda bermotosikal mencabar saya, "Kalau berani mai lah..."


9. Pemuda itu mengajak saya bertumbuk kerana tak berpuas hati dengan situasi di atas jalan raya. 


10. "Abang, jangan bang...", larang isteri saya. Ha ha ... Saya dah tua. Kalau tak dilarang pun, saya tak buat.


11. Kalau pemuda tu berkata, "Kalau berani belanja saya makan nasi Arab", sahih dia dapat makan free.


12. Pemuda tu tersilap besar.