INFO KESIHATAN : TELUR SEPARUH MASAK Boleh Atasi Sakit OTOT?


Dr Suri Roowi




Telur padat dengan protein yang mempunyai kebolehserapan tinggi. Telur juga membantu merangsang pemulihan otot.


Kajian pada 2017 ke atas 10 lelaki menunjukkan pengambilan keseluruhan telur (putih dan kuning) membantu pertumbuhan otot. Ini kerana kuning telur penuh dengan vitamin, mineral dan asid lemak. Contohnya vitamin A, selenium, zink dan asid lemak palmitat yang boleh meningkatkan perkembangan otot.


Mengambil telur separuh masak semasa sarapan adalah popular di kalangan rakyat Malaysia. Tapi soalnya, jenis telur yang manakah baik untuk atasi masalah otot? Telur rebus (masak penuh), separuh masak atau telur mentah?


Kajian tentang khasiat telur rebus (masak penuh), separuh masak dan telur mentah telah dilakukan di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Hasil kajian mendapati hampir ke semua jenis asid amino (‘non-essential’ dan ‘essential amino acid’) meningkat dengan ketara dalam telur rebus (separuh masak) berbanding telur rebus (masak penuh) dan telur mentah.


Telur rebus (separuh masak) juga mudah dicerna (81.5 %) diikuti dengan telur rebus (masak penuh) (76.2%). Telur mentah pula mempunyai nilai kebolehcernaan yang paling rendah pada 70.0%.


Justeru, betul lah amalan orang-orang tua kita dulu-dulu. Jika anak-anak mereka tidak sihat seperti demam dan sakit badan, mereka akan sajikan telur rebus (separuh masak). Moga info ini bermanfaat. Ameen.


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist


Foto: Sirap Limau