LEBIH BAIK BELI DERIAN BAGI ANAK MAKAN



1. Orang kita, nampak saja tong derma untuk tahfiz, atau sekolah agama, atau rumah anak yatim, hatta derma buat untuk kubah masjid pun, menderu-deram pakat derma.


2. Letak saja tong yang ada gambaq budak-budak pakai jubah ketayap, ada gambaq tiang atau tanah berlonggok, ada gambaq kubah, akan masuklah not merah, hijau, paling banyak biru dalam tong tu.


3. Letak saja tong macam tu di pasar malam, pasar tani, kedai makan, tepi bank, tangga surau atau pintu masjid. Sambil lalu, orang seluk poket, tarik not, masuk selalu. Orang tak selidik dah betul atau palsu.


4. Kalau di kedai makan, baki bayar harga makan seringgit dua, tak masuk poket dah. Terus masuk dalam tong tu. Yalah, makan 50 ringgit, takkan seringgit dua nak kira kan?


5. Itu cara klasik. Cara moden pula, buat akaun dalam medsos, letak gambaq muka ustaz ustazah selebriti, letak nombor akaun, letak QR code, menderulah pindahan duit berlaku ke akaun itu.


6. Ada yang dakwa nak bantu Palestin, nak bagi makan orang susah di Mekah, nak korek telaga di Afrika, nak buat rumah di Acheh, nak bina rumah anak yatim di Ghaza dan macam-macam lagi.


7. Orang kita tak persoal lagi betul atau tidak isi tong tadi, atau pindahan wang ke akaun tadi, betul-betul diguna untuk tujuan yang ditulis itu. Ikhlas orang kita amat luar biasa.


8. Last sekali, pemilik sekolah tahfiz atau sekolah agama pakai Vellfire. Ustaz uatazah selebriti naik kapal mewah di luar negara. Kita yang derma ni, nak tukar tayar motor pancit pun fikir empat kali.


9. Paling pelik, ada mak bapak yang ringan tangan masuk duit dalam tong tu di pasar malam. Bila anak minta nak makan sate, marah anak. Habaq pula, "Makan hat lain la, sate mahal!"


10. Tadi, hang masuk 5 ringgit dalam tong tahfiz tu, boleh pulak. Macam nilah orang kata, kera di hutan disusui, anak sendiri kempunan. Tak cerdik betul mak bapak macam tu.


11. Cukup-cukuplah. Sudah-sudahlah. Kita kena ada kesedaran bahawa kita ditipu oleh puak-puak penunggang agama itu. Depa tipu kita hidup-hidup.  Utamakan duit kita untuk keluarga kita.


12. "Eleh... Biaq pi lah kat depa. Aku derma ikhlas. Depa buat apa, tu depa jawab dengan Tuhanlah...!" Kata orang yang konon derma demi agama, demi tahfiz, demi orang miskin.


13. Tak boleh macam tu. Derma kita itulah sebenaqnya yang menjadikan penipu dan puak penjual agama terus menipu. Secara tak sedar kita menyokong depa untuk terus menipu.


14. Kalau kita pakat tak bagi, lama-lama depa akan berhentilah menipu dengan cara itu. Kita kena berhenti tolong kerja menipu depa. Tolong penipu adalah salah dan berdosa.


15. Pihak berkuasa pula, tolonglah pantau dan ambik tindakan. Penganjur pasar malam, jangan benarkan tong macam tu diletak di tapak pasar malam. Kedai makan, masjid, surau, jangan izinkan golongan ini beroperasi di premis milik kita.


16. Kita jangan sentimental sangat. "Biaq pi lah, depa nak minta sumbangan untuk agama..." Hoi, bukan sumbangan untuk agama, tapi sumbangan untuk poket depa. Sumbangan untuk depa berpoya-poya. Sumbangan untuk depa terus menipu.


17. Tolonglah... Kita kena berubah. Kita kena lawan penyangak penjual agama macam tu. Tak payah derma untuk depa, tapi pastikan betul-betul derma kita sampai ke sasaran.


18. Ramai lagi anak-anak kita di pusat pengajian tinggi yang tak cukup belanja makan dan belajar. Ambil nombor akaun depa, bagi duit kat depa. Dah sahih duit yang kita bagi depa guna untuk belajar.


19. Utamakan anak cucu dan saudara-mara kita sendiri. Tolong depa. Abaikanlah tong derma pusat tahfiz dan rayuan derma ustaz ustazah selebriti tu.


20. Biaqlah sekolah depa nak tutup. Kalau tak ada dana, sapa suruh buka?  Baik beli durian bagi anak kita makan daripada bagi duit kepada penjual agama macam tu.


Zola,

Jumaat

21 Jun 2024