TERUS PERANGI FAHAMAN KHAWARIJ – KEADILAN KEMAMAN







 Fahaman khawarij dan takfiri mengkafirkan sesama Islam yang cuba dihidupkan oleh golongan tertentu di negara ini perlu diperangi habis habisan.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim kelmarin yang menjunjung titah Sultan Pahang mahukan rakyat di negara ini menghindari apa jua bentuk ajaran menyeleweng atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak fahaman sesat.

“Berkenaan kenyataan Mufti Pahang, bagi pihak KEADILAN Kemaman kami sangat menyambut baik kenyataan dari Mufti Pahang itu

“KEADILAN Kemaman menggesa mufti mufti lain juga mengambil sikap proaktif dalam menangani isu khawarij dan takfiri ini supaya ia dapat dibendung dengan segara,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Ahmad Nadhir, beliau juga mahu segala polemik mengenai isu 3R (kaum, agama dan raja) segera dihentikan daripada dipolemik dan dijadikan alat politik untuk menghuru harakan negara ini.

“KEADILAN Kemaman juga menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala polemik berkenaan 3R dan juga berharap agar Majlis Raja Raja terus berperanan dalam memerangi fahaman khawarij ini,” katanya lagi.

Dalam kenyataan Mufti Pahang, Sahibus Samahah mengingatkan rakyat bahawa fahaman sesat berkenaan jika tidak dibendung, ianya boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku selain membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat.



No comments: