HARI RAYA HARGA AYAM TIDAK MELAMBUNG, WARGA NET PUAS HATI




 Dakwaan harga ayam meningkat secara mendadak menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dibidas pempengaruh media sosial, Najib Bakar.

Hasil perkongsian tangkap layar oleh pengguna maya di Facebooknya membuktikan harga ayam masih di bawah RM10 sekilogram, sekali gus menafikan dakwaan berlaku kenaikan bahan makanan basah itu di seluruh negara.

“Semuanya lebih 40 screenshot. 99% yang komen ni aku tak pernah kenal mereka di dunia luar. Bukan content yang kami berpakat pun. Ada harga di seluruh negara. Sabah Sarawak saja harga tinggi sikit berbanding Semenanjung.

“Harga ayam tak melambung (pada) musim perayaan (kali ini), alhamdulillah. Ingat tak harga raya tahun 2021 dan tahun 2022 berapa?,” soalnya sebagai perbandingan pada era pemerintahan kerajaan PN.

Terdahulu, Najib dalam satu hantaran menyeru pengguna media sosial memuat naik tangkap layar susulan dakwaan pihak tertentu berkata kenaikan harga ayam berlaku secara mendadak sebelum musim Aidilfitri lagi.

Dakwaan itu kononnya berlaku akibat keputusan Kerajaan Madani memperkenalkan dasar penamatan subsidi dan kawalan harga ayam pada 1 November tahun lalu.

Untuk rekod, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan harga ayam yang dijual di pasaran setakat November hingga Mac kini masih terkawal dan tidak melepasi harga siling RM11.40.

Justeru Najib meminta tangkap layar yang dikongsi pengguna maya itu dijadikan liputan berita sebagai gambaran penuh harga ayam tersebut yang disifatkannya lebih menyeluruh dan tepat.

“Post aku ni kalau Sinar Harian nak buat news pun boleh. Tapi janganlah ambil yang satu mahal sikit, pastu buat news “Harga ayam melebihi RM10 untuk 1kg”.

“Tahniah kerajaan berjaya kawal harga di musim perayaan ni. Nikmat manakah lagi yang kau dustakan,” sinis Najib.



No comments: