[panas] PERANTAU KELANTAN TERKEJUT SELEPAS BERJAM JAM PERJALAN AKHIRNYA ...



MERAK Jalanan simpati dengan nasib seorang sahabat yang terpaksa menempuh perjalanan selama 14 jam untuk pulang ke Kelantan bagi menyambut hari raya tahun ini. Itu memang sudah jadi lumrah terutama bagi anak-anak Kelantan yang menetap di Kuala Lumpur apabila berhadapan kesesakan teruk setiap kali musim perayaan. Acara tahunan itu sebenarnya adalah satu bentuk kenikmatan yang tersendiri bagi golongan perantau kerana mereka sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Cuma yang tidak seronoknya ialah sahabat Merak Jalanan ini ialah tidak dapat mandi dan membersihkan diri sebaik sahaja tiba ke kampung halaman kerana ketiadaan air. Ini ditambah lagi dengan negara sekarang mengalami cuaca panas yang melebihi 34 darjah Celsius sehingga mencetuskan kemarau. Namun semalam, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memberi jaminan yang sambutan hari raya tanpa bekalan air di negeri ini tidak akan berlaku kerana mereka sudah menyediakan pelan kesiapsiagaan bagi menghadapi musim perayaan. Malangnya janji tinggal janji dan belum pun orang di Kelantan meraikan Aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta, mereka telah diuji dengan masalah ketiadaan air. ======================================================================== Anggota parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul mempertahankan kritikannya terhadap DAP yang melukakan perasaan sahabatnya Hannah Yeoh daripada parti itu. Menulis di Facebook, hampir 24 jam selepas keluhan Yeoh, Syed Saddiq menegaskan kenyataan dan pendiriannya itu bukan bersifat peribadi. “Ke hadapan sahabatku Hannah Yeoh, perkara ini bukan tentang saya, bukan tentang persahabatan kita. “Ia tentang masa depan Malaysia,” kata pengasas dan bekas presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu. Baca: Yeoh luka dengan kata-kata Syed Saddiq Yeoh dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas mengakui kritikan pedas daripada bekas sekutu seperti Syed Saddiq "amat menyakitkan". "Saya rapat dengan Syed Saddiq dan faham anak muda ini percaya dengan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum. Anda perlu berikan kredit kepadanya untuk itu. "Saya tak tahu apa yang perlu dikatakan sebab saya tidak ulas perkara ini secara terbuka, tetapi ya, pastinya ada rasa terluka,” katanya.




No comments: