JON
TYSON/UNSPLASH
Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.
[ENGLISH
VERSION BELOW] Kami, pertubuhan-pertubuhan dalam
masyarakat sivil dan media, menggembleng tenaga untuk menyeru semua rakyat
Malaysia untuk melawan ungkapan kebencian dan provokasi etnik-agama dengan
rahmah setiap hari.
Kami
menyeru seluruh rakyat Malaysia mengangkat amalan “maaf zahir batin” ke tingkat
yang lebih tinggi. Amalan memohon dan memberi maaf adalah ajaran dalam Islam
dan dalam sistem nilai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme, dan
komuniti-komuniti Orang Asal atau Asli di Sabah, Sarawak dan semenanjung.
Mari kita
lazimkan amalan memohon dan memberikan “maaf zahir batin” sepanjang tahun,
tidak terhad kepada raya Aidilfitri dan Syawal, tetapi dari awal Muharam sampai
ke akhir Zulhijah, dari 1 Januari sampai ke 31 Disember, sepanjang 365 hari
setahun.
Mari kita
jayakan pergerakan #MZB365 ini kerana kita sebagai manusia berbuat salah setiap
hari, perlu insaf dan memohon maaf setiap hari, dan juga bersedia memaaf setiap
hari.
Jika kita
segan memohon maaf, maka pembinasaan yang kita lakukan, sama ada berniat atau
tidak, kerana kejahatan mahupun kekhilafan, tak kira besar atau kecil, akan
berkekalan dan merosakkan hubungan dan silaturahim antara insan.
Mohon dan
beri maaf boleh berlaku di antara suami dan isteri, antara anak dan orang tua,
antara saudara-mara, antara murid, ibubapa dan guru, antara jiran tetangga,
antara rakan sejawat, antara orang-orang yang saling tidak mengenali tetapi
menemui sesama lain di lalulintas, antara individu-individu yang melanggar
undang-undang dan masyarakat, dan antara komuniti yang berlainan.
Pada masa
yang sama, apabila kita memaafkan orang lain, ini tidak bermakna kita menjadi
lebih lemah dan secara tidak sedar menggalakkan lebih banyak salah laku.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a
one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Ini
sudahnya bukan untuk mengkompromikan kedaulatan undang-undang. Apabila pesalah
melanggar undang-undang, pesalah tetap menghadapi pengadilan dan hukumannya.
Pengampunan
dan pengurangan hukuman hanya terjadi apabila si pesalah menyedari
kesalahannya, mengaku bersalah, menembusi pembinasaannya dan/atau berikhtiar
untuk tidak mengulangi kesalahan itu.
READ MORE: A security guard raises the bar
Memberi
maaf kepada mereka yang ikhlas memohon maaf sebenarnya memperkuatkan kita dan
masyarakat secara keseluruhan. Ia membina pendamaian, mengurangkan salah faham,
menghapuskan benci dendam, dan mengeratkan silaturahim kita sebagai manusia
yang dicipta berlainan, supaya kita lebih mengenali sama satu lain melalui
kelainan.
Memupuk
semangat dan amalan memohon dan memberi maaf menjadi semakin penting kerana
terdapat individu-individu dan puak-puak yang setiap hari mencari peluang dan
alasan untuk memecahkan masyarakat demi kepentingan politik, perniagaan dan
peribadi.
Mereka
mencari setiap salah laku yang boleh diperbesarkan untuk menyemai perasaan
sangsi dan benci supaya mereka dapat diangkat menjadi pahlawan sampai ada yang
melampaui batas undang-undang dengan membakar dan mengganas.
Gejala
populisme yang berasaskan kebencian dan teori konspirasi sudah pun melumpuhkan
negara, membinasakan masyarakat, menjatuhkan ekonomi, melaparkan kanak-kanak,
menenggelamkan impian malah meragut nyawa di banyak pelosok dunia. Kita mesti
pastikan Malaysia tidak mengikut jejak mereka.
Di mana
batas undang-undang dilampaui, kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan tanpa
kompromi. Di mana akal ditipu dengan propaganda dan pembohongan, kebenaran dan
pemikiran logical mesti ditegakkan.
Akan
tetapi, tiada penawar yang lebih baik daripada rahmah, yang boleh mengeratkan
silaturahim, menghancurkan benci, melenyapkan sangsi dan menewaskan mereka yang
ingin menangguk di air keruh.
Rakyat
Malaysia berupaya menghadapi keadaan mencabar dengan kekuatan. Apabila pandemik
Covid melanda, kita ada #KitaJagaKita. Kini kebencian merebak, mari kita
#MZB365, melawan benci dengan rahmah setiap hari.
Sertai dan
jayakanlah pergerakan ini!