KERAJAAN JANGAN LENA.

 

Iawardy Morni


Dari awal puasa sehingga masuk raya saya nampak satu usaha pasukan secara tersusun memainkan sentimen agama bagi atas tujuan menimbulkan keresahan dan ketakutan rakyat dan pelabur dalam dan luar negara. Dari isu kantin, isu kafir, kemudian isu stokin Kalimah Allah, lepas tu isu tilawah kemudian masuk isu kalimah lagi di tapak kasut yang tak wujud dan kini gerakan tak nak puasa hari pertama Syahwal kerana kata mereka "Kerajaan tengok anak bulan pakai teropong". Pelik. Teropong tu baru wujud tahun ini ke?


Kenapa saya rasa ia satu konspirasi. Kantin bukak sejak dulu lagi dan tak pernah tutup. Tilawah Al quran mana pernah buat tiap kali ramadhan. Di buat pada bila2 masa dalam setahun. Stoking yang ada kalimah Allah, dari 18000 yang digeledah, hanya 5 dijumpai. Lepas itu keluar isu kasut yang bentuk shin tapi dikatakan alif lam. Semuanya dalam tempoh masa yang sama.


Dan saya perhatikan, ia target kepada non Malays, sedangkan melayu yang jelas menghina shawal seperti influencer melayu itu lepas begitu sahaja.


Yang menjadi semakin menarik bila mana badan agama seperti JAKIM yang buat sitaan dan siasatan dan bukannya KDN. Pelik dan ajaib dengan pantasnya verns yang tidak mahu terperangkap dengan isu ini meminta maaf dan menarik produk mereka walhal produk itu sudah lama di pasaran dan di sahkan oleh pakar khat sebagai bukan Kalimah. (tak perlu pakar pun, kalau kita ada asas jawi pun tahu ia bukan KALIMAH Allah).


Latest ini, kita dengar tiba2 ada golongan tak nak raya kerana katanya tak sah sebab pakai telesocop dan bukan guna mata kasar untuk tengok anak bulan. Buatkan kita pelik, sebelum ini kita cerap anak bulan pakai apa?


Kenapa mereka berani berbuat sebegini pada tahun ini? Sebab mereka tidak dapat main isu harga barangan seperti ayam, telur beras dan sebagainya. Nak main isu bazar ramadhan dan harga barang mahal, kalau susah kenapa di kedah bazar sampai puluhan ribu sewa?


Percayalah ada beberapa lagi isu agama ini akan dimainkan. So far semua boleh terkawal lagi. Namun, beberapa isu yang sedang dalam pipe line mereka, mereka akan pastikan akan ada berlaku rusuhan. Tujuan tuduhan? Darurat? Pilihanraya awal? Kebencian kepada PMX? Tetapi satu saya nampak, ia bakal membawa kepada satu klimaks apabila berlaku pendakwaan terhadap Hj Hadi Awang. Tak percaya, nanti rujuk balik artikel ini. 


Fahmi Fadzil menyebut bahawa serangan ini tersusun dan dirancang setiap minggu tanpa henti macam roket mercun pukul 12 malam. Saya predict akan ada isu baru Di bawak kan dalam minggu depan dan minggu seterusnya dimana minggu ketiga, hadi akan didakwa di mahkamah.


Kini jabatan penerangan semalam seperti sengaja dilumpuhkan. Ia tidak se agresif zaman umno dan PN sebelum ini. Dalam jabatan kedengaran ayat "Kerajaan ini tak lama. Jadi kita tak perlu susah susah". Begitu jugak dalam jabatan agama persekutuan dan negeri yang rata-ratanya penyokong kuat PAS (bukan semua, tapi jumlah dan kuasa yang significant). Mereka juga memainkan peranan supaya nampak isu ini menjadi besar.


Contoh dalam isu kasut vern, perasan tak, sampai sekarang kita tak tahu siapa yang buat video mendedahkan kasut tersebut. Siapa ek? Kenapa dia tidak didakwa membawa kepada keresahan kaum?


Jadi ia membuatkan saya berfikir, adakah kita sekarang tengah menari berlawan dengan musuh di luar dan musuh dalam satu daulah yang terpendam.


Adakah ia ditaja hartawan tertentu kerana kerajaan Madani ini sudah mula menyiasat mereka? Lama saya merenung...


Namun, apa pun yang datang,


Aku lebih rela mati berdiri, dari hidup melutut...


Lawan tetap lawan!


Iswardy