APA JADI BERAYA TANPA AIR! RAKYAT TERPAKSA GALI TELAGA!



Masalah air yang sering membelenggu rakyat di negeri ini terutamanya pada musim perayaan menyebabkan ramai terpaksa mencari alternatif dengan menggali telaga tiub untuk mendapatkan sumber bekalan. Kaedah tersebut dilihat mampu menghilangkan kegusaran disaat nenyambut kepulangan insan tersayang pada hari lebaran. Permintaan luar biasa rakyat Kelantan untuk mendapatkan bekalan air sempena Aidilfitri kali ini ditambah lagi dengan keadaan cuaca kemarau bagaikan durian runtuh buat seorang penggali telaga tiub, Mohd Jamil Yaacob, 35, apabila dia dan sembilan pekerjanya tidak menang tangan memenuhi kehendak pelanggan. ========================================================================== Setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri, rata-rata umat Islam khususnya di negara ini masing-masing teruja pulang ke kampung halaman lebih awal untuk membuat persiapan perayaan itu. Begitu juga bagi seorang pempengaruh warganegara Scotland, Alana Dunsmore yang turut tidak melepaskan peluang tersebut dan mengakui teruja menyambut perayaan itu di Malaysia buat kali pertama sejak memeluk Islam beberapa bulan lalu. Menurutnya, sebelum ini dia tidak pernah meraikan perayaan tersebut malah hanya melihat keterujaan orang ramai menyambutnya melalui media sosial dan tayangan filem sahaja. "Hampir lima tahun saya mempelajari tentang Islam dan akhirnya kali ini saya dapat merasai sendiri nikmat meraikan hari raya yang sering saya lihat di media sosial sahaja. "Dahulu saya tidak faham kenapa hari raya sangat bermakna untuk diraikan tetapi apabila saya mula berpuasa kali pertama pada tahun ini, saya akui seronok berpeluang menyaksikan pertembungan budaya dalam meraikan kemenangan tersebut," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.



No comments: