PEMBANGGUNAN TAK DAK PUNCA LARI KE NEGERI ORANG



 Dah berapa lama tak scroll 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸, bukak bukak je tadi nampak video 𝗦𝘆𝗮𝗳𝗶𝗾 𝗔𝗻𝘂𝗮𝗿 jawab komen walaun.


Komen walaun tu yang tarik perhatian aku. Walaun tu kata, 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻, 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮. Pada aku tak salah mana komen tu.


Memang betul, sama ada negara maju atau mundur, tetap rakyat kena cari duit sendiri. Tak adanya duit nak 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 ke dompet atau akaun kita.


Masalahnya, kalau tak ada pembangunan, 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗱𝘂𝗶𝘁? Bayangkan kalau negara mundur, tiada pelaburan masuk, peluang pekerjaan pun tak ada.


Nak cari duit dekat mana? Nak beli beras macamana? Nak makan ubi kayu, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘁𝘂. Macamana nak hidup dan sara keluarga?


Boleh je kerja bertani, jadi nelayan, bersawah bendang dan cari hasil hutan. 𝗧𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 tapi tak usah berangan la nak merasa senang. Rumah dan kereta besar.


Macam sekarang ni. Peluang pekerjaan di Kelantan tu 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵. Sampaikan walaun terpaksa 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 ke negeri lain cari rezeki. Contoh yang sempurna.


Itulah pentingnya pembangunan. Pembangunan bawa 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗸𝗺𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶. Bila ekonomi makmur barulah rakyat boleh dapat kerja berpendapatan tinggi.


Benda tak susah kalau nak berfikir guna otak.


Kalau tak lapar pembangunan, duduk sajalah di negeri asal. Tanam sayur, jadi nelayan. Kenapa lari ke negeri lain? Sebab cari 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮. Kan?


Jawapan 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 hanyalah jawapan hipokrit bagi menutup malu. Sebab walaun sudah tak mampu tutup 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶.


Hakikatnya, setiap rakyat terutama walaun perlu, mahu dan laparkan pembangunan. Buktinya, berapa ramai walaun bertaburan di 𝗞𝗟, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 dan 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 serta negeri-negeri lain.


Kalau berhijrah jadi pekerja mahir atau penjawat awam tu ok lagi. Tapi setakat nak jadi 𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿 𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 je pun. Kenapa? Sebab di Kelantan 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 jadi 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 walaupun setakat operator.


Aku tiada masalah dengan rakyat Kelantan yang kerja di negeri lain. Bagi aku, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 dalam Malaysia ni 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮. Cuma jangan hipokrit dengan  berkata tak laparkan pembangunan. Itu menipu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: