SEPATUTNYA JUAL STOKIN TANGAN, BUKAN STOKIN KAKI.


Perjanjian Pembekalan secara konsainan antara KK Mart dan Xin Jian Chang Sdn Bhd yang ditandatangani pada 5 Februari lepas membenarkan syarikat pembekal membekalkan stokin tangan (arm socks) dan bukannya stokin kaki. 


Mengikut perjanjian tersebut, syarikat pembekal dibenarkan meletakkan produk stokin tangan di pasaraya KK Mart mengikut terma yang dipersetujui bersama. 


Berikutan dari pelanggaran perjanjian oleh pihak pembekal ini, pihak KK Mart telah menghantar surat saman kepada pembekal memohon ganti rugi atas pelanggaran kontrak, sabotaj, dan kecuaian. 


Saman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.



No comments: