Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mempersoal bilakah Kerajaan akan meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).
Persoalan Fawwaz dijawab oleh Syahredzan Johan (PH-Bangi) dan Azli Yusof (PH-Shah Alam) dengan mengatakan bahawa RUU tersebut memerlukan kajian dan mempersoal usaha PAS ketika mentadbir negara selama 33 bulan sebelum PRU-16.
Minggu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na'im Mokhtar berkata Sesi libat urus bagi meminda RUU 355 kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.