PMX BANTU ARTIS






 Hari ini Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi seniwati Dato' Sarimah Ahmad dan seniman Dharma Harun Al-Rashid.


Mereka yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing kini diuji dengan musibah penyakit yang amat mengesankan.


Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan mereka. 


Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI