𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗬𝗥 : 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗝𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗨𝗡𝗝𝗨𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗞𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗬𝗕 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜, 𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔, 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗗𝗜𝗔𝗠 - 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 "𝗦𝗣𝗔𝗥𝗞" 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗟𝗠 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜.





(NOTA Admin : Antara artikel-artikel terakhir dari Zus Din)


1) 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗴 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶, 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶 jawap tentang masalah ekonomi dan MYR yg melemah. Dengar juga ceramah beliau di PRN yg lalu. Saya dah tulis perkara ni banyak kali naik malas nak korek balik, saya tulis semula. 𝗥𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗻𝘆𝗮 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗛𝗢𝗥𝗧 𝗖𝗨𝗧 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗬𝗥 dengan faktor luaran dua rakan dagang terbesar US dan China yg menghimpit Malaysia. 


2) Saya pernah cerita bab itu dgn kadar faedah atau OPR di US yg mencanak dan China yg inflasinya dibiarkan dengan pertumbuhan ekonominya juga perlahan, 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Ia bukan alasan tanpa asas, ia benar-benar berlaku.


3) Kita perlukan pengstrukturan semula 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗞 𝘆𝗴 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹. Kerana ia adalah "𝗲𝗻𝗷𝗶𝗻 𝘁𝘂𝗮" yg tidak lagi dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pelabur tidak lagi berminat dgn industri lama yg kita ada. Tidak ada pilihan lain, saya terpaksa sebut masalah dicipta BN dan PN sbb org mcm Dr Puad Zarkashi tak faham 𝘀𝗲𝗼𝗹𝗮𝗵-𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝘀𝗸𝗿𝗴 𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗽𝗲𝘁𝗶𝗸 𝗷𝗮𝗿𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗴𝗶𝗸 𝘂𝘁𝗸 𝗽𝘂𝗹𝗶𝗵 𝗱𝗴𝗻 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮. 𝗗𝗶𝗮 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗢𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗞𝗧𝗜? Boleh pulih segera dalam keadaan hutang RM1.5 Trillion yg dibuat oleh Kerajaan BN, Atok dan PNyakau Nasional?? Bukan PMX mahupun Rafizi yg kumpulkan hutang itu. Mereka hanya mewarisi.


4) 𝗗𝗶𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝟮 𝗻𝘆𝗮 𝗙𝗢𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 utk menyakitkan hati. Masalah Ekonomi negara ni terkait dengan 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗙𝗜𝗦𝗞𝗔𝗟 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝘆𝗴 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗘𝗦𝗧𝗻𝘆𝗮 shj terpaksa dibayar sebyk berbillion setahun. Kalau nak ungkit formula Rafizi, mari kita ungkit segala macam di era Najib yg membawa kpd masalah hari ini. Boleh? Jangan melampau menganjing tanpa kritikan membina. Tak selesai masalah.


5) Sebab itu jangan dok ungkit2, serang Rafizi dengan ejekan2 dan herdikan kebudak2an. Kalau Rafizi menganjing lagi sakit hati, nasib baik dia tak buat. Beri masa, 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 "𝘀𝗵𝗼𝗿𝘁 𝗰𝘂𝘁" yg berkesan dan reserve BNM tidak mampu lagi digunakan utk menaikkan MYR seperti di era BN. Kita bukan byk duit mcm Singapore yg boleh dok buat mcmtu, beli Dollar Singapore. "𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗩𝗘𝗡𝗘" 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 sbb Financial System dia berbeza. 


6) PMX sudah lancarkan 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝗮𝗿𝘂, salah satu usaha Kementerian Ekonomi menstrukturkan semula Ekonomi supaya kita dapat nilai pulangan yg tinggi. 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗸 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 "𝗼𝗯𝘀𝗲𝗹𝗲𝘁𝗲" dan negara serantau ada yg sudah tinggalkan kita. Rafizi juga sedang bina 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹, satu lagi aktiviti baru ekonomi yg boleh meningkatkan nilai utk negara. 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗲𝘀𝗶𝗳 sedang dibina, pendaftaran sykt peserta dan sebagainya. March nanti baru boleh start pilot project. Gaji penjawat awam akan lebih pantas dinaikkan.


7) YBM Tengku Zafrul di MITI pula menghasilkan 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗱𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝟮𝟬𝟯𝟬. Ini pun sudah dilancarkan oleh PMX. Maknanya ada 𝟯 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 dan ia adalah pelan jangkamasa panjang 3 hingga 4 tahun. Tiada jalan singkat sebenarnya. Bertahanlah. "𝗦𝘂𝘀𝘁𝗮𝗶𝗻𝗮𝗯𝗹𝗲 𝗱𝗲𝘃𝗲𝗹𝗼𝗽𝗺𝗲𝗻𝘁" memerlukan perancangan teliti dan masa bukan kelam kabut nak keputusan cepat. 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗱𝘂𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘀𝘂𝗹𝘁? 𝗚𝗜𝗟𝗔. Nak jahanamkan memg mudah. Nak bina semula tak semudah itu ditambah pula perlukan Transformasi dan Reformasi. Ia adalah satu proses.


8.) Setahun PMX bertungkus lumus membawa 𝗙𝗗𝗜 𝗸𝗲 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. 9 bulan pertama tahun 2023 commitment pelaburan asing adalah sekitar 𝗥𝗠𝟮𝟮𝟱 𝗯𝗶𝗹𝗹𝗶𝗼𝗻. Paling cepat FDI akan menghasilkan "Spilled over" atau limpahan kpd Rakyat adalah sekitar 1 stgh atau 2 tahun kerana perlukan pelbagai kelulusan, lesen operasi, pembinaan premis / kilang dan penyediaan infrastrukur sebelum layak beroperasi. FDI, Aktiviti industri baru dan permintaan tukaran akan membantu menaikkan nilai MYR.


9) 𝗝𝗨𝗝𝗨𝗥𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝘂𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗗𝗿 𝗣𝘂𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗸𝗮𝗿𝘀𝗵𝗶 𝗮𝘀𝘆𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 dan mahukan result yg cepat seolah2 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸𝟮 𝗦𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜𝗖 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸𝟮 𝗸𝗮𝗸𝗶 nak gula2 lolipop kerna tak faham yg kita perlukan masa.  Kerajaan sedang berusaha, sabarlah dalam keadaan sukar ini. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝘆𝗴 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳. Kalau setakat dok ulang tanya dan menganjing, tak mampu bg cadangan yg cerdik, 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗗𝗜𝗔𝗠. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 dan buat menteri mcm musuh kita.


10) Bimbang nampak kita ni boddow. 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝘂𝗻𝗰𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝟯 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝘂𝘁𝗸 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜. Takkan kita terlalu lemah minda utk berfikir sehingga tidak mempedulikan hakikat bahawa keputusan segera adalah mustahil dalam keadaan Fiskal tidak kuat dan hutg negara yg tinggi?


11) Dalam membicarakan soal Perpaduan dan berkawan, kata Dato' Lokman Noor Adam, "𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗴𝗮𝗿𝗮𝗺 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗸𝗮𝗻, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗸𝗮𝗻". Belajarlah menghormati dan membantu. Jika tak boleh bantu, dok diam-diam 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 "𝗦𝗣𝗔𝗥𝗞" 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛𝗔𝗡 yg orang lain cuba elak.


Wallahualam.


- Zus Din

12022024


*******************

https://www.suarakeadilan.my/post/naik-nilai-ringgit-fokus-struktur-jangka-panjang-ekonomi-negara


*Rafizi Ramli walau pun nmpk sombong tetapi Brilliant!* 


Naik nilai ringgit: Fokus struktur jangka panjang ekonomi negara


12 February 2024 


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kerajaan tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah lama menggunakan wang rizab negara untuk didagangkan di pasaran mata wang bagi tujuan mengukuhkan nilai ringgit. 


Sebaliknya beliau berkata, pentadbiran sekarang perlu menumpukan fokus bagi tempoh jangka masa panjang dengan melakukan penstrukturan ekonomi, mengukuhkan fiskal dan mengurangkan kadar hutang. 


"Kita tidak boleh guna style dulu, pakai duit rizab kita pergi main pasaran mata wang hanya nak tunjuk (nilai) ringgit ini nak kukuh,  nanti dia jadi macam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), untuk politik nampak cantik kukuh, (tetapi) habis berbilion ringgit di pasaran.  


"Kena bersabar orang hentam macam mana pun, kita kena tumpu usaha menstrukturkan ekonomi kita supaya tiga empat tahun akan datang banyak industri dan syarikat yang boleh menawarkan potensi pulangan lebih baik dan yang ini akan menarik minat pelabur kepada Malaysia. Lagi banyak minat ke Malaysia maka lebih banyak wang akan masuk dan ringgit akan naik," katanya dipetik dari klip video rancangan Podcast Yang Bakar Menteri yang dikongsi dalam Facebook beliau baru-baru ini. 


Rafizi berkata, kesan jangka masa pendek yang menjadi faktor kejatuhan ringgit sudah diketahui semua pihak iaitu akibat tindak balas dua ekonomi besar dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China. 


Katanya kadar faedah yang tinggi di AS menyebabkan aliran wang masuk besar besaran ke negara kuasa besar itu manakala China yang mengalami pertumbuhan perlahan turut mempengaruhi Malaysia. 


"Pertumbuhan empat hingga lima peratus China dianggap rendah berbanding dahulu mencecah lapan peratus, oleh kerana China adalah rakan dagang kita yang besar maka bila ada masalah ia ada kesan kepada ringgit kerana pelabur dan pedagang mata wang merasakan ekonomi kita akan terheret sama," ujarnya. 


Tambah beliau, jumlah syarikat yang ada di negara ini pula banyak terbabit dalam sektor yang pada mata pelabur antarabangsa  tidak memberi pulangan tinggi termasuk perbankan. 


Oleh itu ia menyebabkan pelabur membuat pilihan lebih baik untuk mengalih pelaburan ke negara lain yang mengalami pertumbuhan lebih besar.


Justeru, Rafizi berkata negara ini perlu beralih kepada industri tertentu seperti peralihan tenaga yang mampu dilihat memberikan pulangan lebih baik pada masa akan datang.


"Kita tengok pasaran saham, bila kita lancarkan Pelan Peralihan Tenaga memang ada lonjakan pembelian saham kerana pelabur merasa teruja yang ini adalah sektor yang mereka rasa pasa masa akan datang beri pulangan lebih besar dan kita berharap banyak syartikat kita mula menyertai (sektor itu)," katanya. 


Dalam pada itu, beliau menjelaskan kejatuhan ketara nilai ringgit bermula pada tahun 2015 akibat kebimbangan pelabur dan pasaran ekoran skandal 1MDB.


Kata beliau, dalam keadaan nilai ringgit tidak pernah pulih sepenuhnya daripada kejatuhan 2015, mata wang negara kini dipengaruhi pula oleh dasar monetari AS dan kelembapan ekonomi China. 


"Untuk jangka masa pendek, kita wajar menilai secara objektif kemampanan ekonomi negara dan tidak melatah dengan mengambil jalan singkat," jelasnya.


Pada masa sama, Rafizi memuji Bank Negara membuat keputusan yang tepat dengan tidak menaikkan kadar faedah atau tidak mempertaruhkan rizab simpanan negara untuk mempertahankan ringgit.


"Untuk jangka masa panjang, usaha menstrukturkan kembali ekonomi ke arah nilai tinggi perlu dipercepatkan seiring dengan langkah kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal negara. 


"Kedua-dua langkah ini akan menjadi kayu ukur yang dirujuk pelabur dan pasaran untuk menilai potensi lonjakan ekonomi negara di masa akan datang.


"Penstrukturan ekonomi negara juga penting untuk memastikan eksport negara tidak terlalu bergantung kepada sentimen ekonomi dunia, contohnya sekarang, akibat sentimen ekonomi dunia yang menyederhana, eksport elektronik negara adalah perlahan yang mempengaruhi nilai ringgit," katanya.