NOHHH...UPSEREY NAPETEY - WALK OUT LAGI, LAMA-LAMA WALKOVER



Rafizi Ramli


Saya missed acara wajib PN di Parlimen – “walk out” lagi, walaupun baru semalam titah YDP Agong pasal adab di Parlimen.


Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin berkata:


“Just because they have a majority, they do what they want without following the procedures that have been in place”


Masa dia tak de majoriti di Parlimen dan bukan PM, dia walk out.


Masa dia tak yakin majoriti di Parlimen dan dia PM, dia isytihar darurat gantung parlimen.


Sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen pembangkang, saya tak pernah bangun ganggu perbahasan dengan menggunakan Standing Order (atau Peraturan Mesyuarat) seperti yang berlaku dengan pembangkang sekarang.


Walaupun pada satu ketika, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengejek “Ahli Parlimen Pondan, eyh salah Pandan” konon untuk buat lawak dan terang-terang melanggar Peraturan Mesyuarat. 


Saya hanya menjawab “Umur Ketereh tak jauh beza dengan umur ayah saya dan rakyat melihat akhlaknya pada usia itu”.


Kerana waktu yang ada untuk Ahli Parlimen berucap itu pendek, sekitar 5-7 minit sahaja. Gunakanlah peluang itu untuk menyampaikan perkara yang substantif, lebih-lebih jika pembangkang kerana itu sahajalah peluang untuk kita pamerkan kemampuan kita mentadbir dengan cetusan idea yang lebih baik dari kerajaan.


Malangnya, pembangkang yang ada selalunya ketandusan idea untuk membahaskan perkara-perkara yang substantif. Akhirnya mereka melengahkan dan mencuri masa dewan dengan perkara remeh temeh yang berlegar sekitar Standing Order (selalunya atas alasan “mengelirukan dewan”, padahal mereka yang mudah terkeliru).


Walaupun tugas Speaker Dewan menjadi lebih sukar dan tekanan darah naik sepanjang masa, amalan “walk out” oleh PN ini akan memakan diri, jika tidak berjaya mempamerkan fungsi pembangkang di Parlimen.


Lama-lama dari “walk out” menjadi “walk over”.


(dalam kepala terngiang-ngiang Putrajaya menjerit “Tarik Balik”, ulang 100x)



No comments: