MP PN duduk tempat baru: 'You tak selesa boleh pindah' - Speaker



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul terbuka sekiranya ada ahli parlimen memohon untuk pindah ke tempat baru sekiranya tidak selesa dengan rakan sejawat disebelah. Johari menjawab soalan Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan mengenai kedudukan dua MP PN iaitu Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang) dan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) yang telah berpindah ke tempat baru. Untuk rekod, dua MP PN ini merupakan antara empat MP yang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



No comments: