NAK MAKAN TAK CUKUP.... UPAH ORANG RM 5 JUTA

 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗨𝗔𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝


𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽-𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗧𝗮𝗸𝗳𝗶𝗿𝗶 𝘆𝗴 𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗪 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗽 𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺 𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽, 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻.

*****************

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/30/ugut-bunuh-pmx-di-tiktok-pemandu-lori-dipenjara-6-bulan/


Ugut bunuh PMX di TikTok, pemandu lori dipenjara 6 bulan


Faizal Mohamad mengaku bersalah atas tuduhan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Ho Kit Yen - 30 Jan 2024


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam sebuah video TikTok tahun lepas.


Hakim N Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizal Mohamad, 35, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau aplikasi untuk mengugut atau mengganggu orang lain.


Faizal akan menjalani hukuman itu mulai hari ini.



Tahun lepas, Faizal memuat naik video TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang sanggup menembak “PMX”, merujuk kepada perdana menteri ke-10, dan menteri-menteri lain.


Laporan polis kemudiannya dibuat berhubung kandungan video itu dan video itu telah diturunkan.


Terdahulu, semasa mitigasi, Faizal merayu kelonggaran daripada mahkamah dan meminta hukuman denda kerana dia menyara keluarga dan ibu yang tidak sihat.


Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Nurilya Ellyna Nor Azmal menggesa agar hukuman pencegahan dijatuhkan.


News link : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/30/ugut-bunuh-pmx-di-tiktok-pemandu-lori-dipenjara-6-bulan/



No comments: