PENANAMAN BAWANG DALAM NEGARA




 Krisis bekalan bawang yang berlaku pada 2020 akibat bencana banjir besar di India telah mengakibatkan kenaikan harga bawang di pasaran lebih 30 peratus daripada RM6 kepada RM8 sekilogram. Saya telah mengarahkan MARDI untuk menjalankan penyelidikan tahun lalu dan kita telah berjaya melancarkan tiga varieti Bawang Merah MARDI iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3.


Alhamdulillah, Jabatan Pertanian Malaysia pada 24 Januari lalu telah memulakan penanaman Bawang Merah MARDI BAW-1 di kawasan seluas 1 hektar di Kuala Bikam, Batang Padang, Perak.


Saya telah mengarahkan MARDI untuk memberikan tumpuan yang lebih serta memantau rapat pertumbuhan dan pengeluaran Bawang Merah MARDI BAW-1 ini dan data-data yang diperolehi nanti dapat membantu Kementerian merangka plan penanaman bawang merah tempatan ini secara besar-besaran.



No comments: