Menurut laporan FMT dan Metro, Polis Perak sedang mengesan pelancong asing yang juga pempengaruh media sosial merujuk kepada pasangan UK dari page TREAD the globe untuk membantu siasatan berhubung anggota trafik didakwa menawarkan diskaun saman ketika ditahan di lokasi kejadian yang tular semalam.
Kalau baca lagi laporan di Metro, Polis Perak sebut, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Dan setakat dilaporkan,
Polis Perak juga sedang mengenal pasti anggota trafik terlibat, sama ada anggota itu berkhidmat di kontinjen negeri ini atau kontinjen lain dan masih menjejaki mereka bagi membantu siasatan, selain mengenal pasti pelbagai aspek, iaitu lokasi, tarikh serta masa kejadian itu berlaku.
Baiklah, sebagai usaha dengan niat yang murni membantu PDRM..
Video yang dimuatnaik oleh TREAD the globe semalam itu adalah video yang diambil pada awal Disember tahun lalu. Dan kalau kita ikuti perjalanan mereka di laman sesawang polarsteps, ianya berlaku sekitar 4 Disember ketika mereka turun dari Cameron Highland menuju ke arah utara sebelum berhenti di Ipoh.
Untuk jejak pasangan ini di Malaysia dan ambil keterangan untuk membantu siasatan memang rasanya sudah terlambat kerana terkini mereka sudah dua hari meninggalkan daerah Chumphon dan kini dalam perjalanan ke Hua Don di negara jiran kita Thailand.
Ini berdasarkan kemaskini terakhir mereka dengan gambar dua ekor ayam yang berdekatan 'Trudy', campervan mereka di tepi jalan yang telah di 'geo-tagged' di daerah berkenaan, terakhir dua hari yang lepas.
Maka melihatkan keadaan di atas, mungkin PDRM boleh teruskan dengan usaha untuk kenal pasti anggota yang terlibat dahulu barangkali.