HATI HATI MENGUPLOAD DATA PERIBADI


Pendakwah Teknklogi



 Ada juga yang berpendapat, bukan salah individu yang memuat naik maklumat peribadi pelajar dalam SCRIBD. Kononnya, mereka kurang kesedaran dan tidak mempunyai 'kelengkapan' yang secukupnya untuk menjalankan tugas. 


Jap, saya nak tanya. Habis tu kalau individu yang UPLOAD satu dokumen PDF yang mempunyai 104 muka surat maklumat peribadi murid ke SCDRIB/Slide Share ni....kiranya tiada kesedaran lah ye, mungkin masa beliau upload dokumen ni...beliau ingat ini Terma dan Syarat kos 5G oleh telco gitu?

Dokumen ini mempunyai maklumat tarikh 13-17/8/2023, maksudnya baru sahaja di upload beberapa bulan lepas.


Semoga ibu bapa bagi anak-anak yang tersenarai dalam dokumen ini pergi menuntut penjelasan daripada sekolah tersebut.



No comments: